Gandingan Lee Min Ho dan Emily Chan Untuk Penggambaraan

Baru-baru ini kecoh di kalangan peminat K-Pop tempatan apabila seorang pelakon wanita tempatan menaikkan status di laman Facebook bahawa dia akan berlakon di samping pelakon kacak Korea yang terkenal.

lee min ho, 11street, malaysia, 2015, korea

Peminat bertanyakan siapakah pelakon lelaki tersebut dan di mana penggambaraan akan berlaku. Di Korea atau di Malaysia. Kemudian, pelakon wanita tempatan tersebut iaitu Emily Chan berkongsi gambar memberitahu dia hendak berlepas ke Korea bertemu pelakon lelaki tersebut.

There he is, walking towards me in the rain. Lee Min Ho is so sweet! I think I will leave my heart in Seoul #itsawrap @11street.my #fangirl 11street MY
Posted by Emily子颖 on Thursday, April 16, 2015

Rupa-rupanya pelakon lelaki terkenal yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan Lee Min Ho. Emily juga berkongsi gambar sewaktu menjalani penggambaran di Korea. Waktu itu hujan turun dan Emily berada di perhentian bas sambil Lee Min Ho berjalan ke arah dia. (Terasa romantik pula). 

Bye KL Off to #Seoul . Going to meet my famous co-star! Can you guess who? #korean #Hallyu #Oppa
Posted by Emily子颖 on Tuesday, April 14, 2015

Lee Min Ho juga turut berkongsi gambar yang sama melalui laman Facebook agensinya. Gambar kedua pula ialah gambar Lee Min Ho di monitor kawalan di tempat penggambaraan memakai suit.

lee min ho, 11street, malaysia, 2015, korea

Tak sabar kami untuk melihat hasilnya. Berdasarkan status dari Emily, pengambaraan ini untuk iklan 11street Malaysia dimana mereka berdua merupakan duta jenama. 

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter