Drama Korea Terbaru Mei 2015 Akan Datang di One HD

Musim bunga sudah hampir tiba di Korea dan kini tibalah masa untuk drama terbaru romantis musim bunga. Ada dua judul drama yang akan menghiasi hari anda bermula Mei nanti di ONE HD (Astro B.yond Ch393) yang disiarkan secara Pertama & Esklusif.

The Girl Who Sees Smell, Se Kyung, Park Yoo Chun, ONE HD, Astro, Malaysia, 2015

The Girl Who Sees Smell | Bermula 6 Mei, setiap Rabu dan Khamis pada 8.55malam.

SINOPSIS

Drama misteri ini mengisahkan seorang wanita yang berjaya mengharungi kemalangan yang digelar โ€œThe Bar Code Murder Caseโ€ dan seorang lelaki yang kehilangan adiknya dalam kemalangan yang sama.
Sebagai seorang saksi tunggal, Oh Cho Rim (Shin Se Kyung) hilang ingatan akibat kemalangan tersebut tetapi menjadi lebih sensitif dan mempunyai keupayaan untuk melihat bau. Dalam masa yang sama, Choi Moo Gak (Park Yoo Chun) pula hilang keupayaan untuk menghidu, menikmati makanan dan tidak boleh merasai kesakitan. Untuk menyiasat kematian adiknya, dia mengambil keputusan untuk menjadi detektif.
Pelakon kacak Namgung Min dan Yoon Jin Seo juga turut membintangi drama ini.
Mari lihat sedutan drama ini.

The Girl Who Sees Smells is coming to ONE this May!
Can you guess what’s the name of this show? ๐Ÿ˜€ Premiering on 6 May, catch our favourite #ParkYooChun and #ShinSeKyung on ONE! Starring: Park Yoo Chun, Shin Se Kyung, Nam Goong Min, Yoon Jin SeoThe Girl Who Can See Smells – ๋ƒ„์ƒˆ๋ฅผ ๋ณด๋Š” ์†Œ๋…€ The Girl Who Can See Smells ๋ƒ„์ƒˆ๋ฅผ ๋ณด๋Š” ์†Œ๋…€ – Korean Drama Girl Who Sees Smell ๋ƒ„์ƒˆ๋ฅผ ๋ณด๋Š” ์†Œ๋…€ ๋ƒ„์ƒˆ๋ฅผ๋ณด๋Š”์†Œ๋…€ Girl Who Sees Smell – ๋ƒ„์ƒˆ๋ฅผ ๋ณด๋Š” ์†Œ๋…€ ๋ƒ„์ƒˆ๋ฅผ ๋ณด๋Š” ์†Œ๋…€ The Girl Who Sees Smells – ๋ƒ„์ƒˆ๋ฅผ ๋ณด๋Š” ์†Œ๋…€ Park Yoochun ๋ฐ•์œ ์ฒœ Park Yoo-chun Park Yoochun ๋ฐ•์œ ์ฒœ Fanclub Yuchun Park Park Yoo-chun Shin Se-kyung Shin Se Kyung (์‹ ์„ธ๊ฒฝ) Shin Se-kyung ์‹ ์„ธ๊ฒฝ ๋‚จ๊ถ๋ฏผ Nam Goong Min ๅ—ๅฎฎๆฐ‘ Namgoong Min Nam Goong Min (๋‚จ๊ถ๋ฏผ) Nam Goong Min Thailand Fanclub Nam Goong-min Namgung Min Yoon Jin-seo
Posted by ONE TV ASIA on Tuesday, April 14, 2015

—–
Birth of a Beauty, Joo Sang Wook, Han Ye Seul, Malaysia, 2015, ONE HD

Birth of a Beauty | Bermula 18 Mei, setiap Isnin hingga Khamis pada 7.40malam.
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan seorang wanita yang menjalani perubahan melalui kehilangan berat badan dan pembedahan plastik serta lelaki yang menyebabkan dia berbuat demikian.
Seorang wanita yang tidak menarik dan terlebih berat badan Sa Geum Rain mempunyai sebab untuk bersedih – suaminya menipu dirinya serta ibu mertua dan kakak ipar membuli dia. Akhirnya dia mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri… atau mungkin sebaliknya? Selepas berjaya melakukan perubahan, jelitawan Sa Ra (Han Ye Seul) bertemu dengan Han Tae Hee (Joo Sang Wook). Pasangan ini bergabung tenaga untuk membalas dendam kepada mereka yang menikam dari belakang dan akhirnya jatuh cinta.
Turut sama membintangi drama ini ialah Jung Gyu Woon dan Wang Ji Hye
Untuk peminat rancangan hiburan, anda tidak dilupakan.
ยท Law of the Jungle in Solomon Islands | Bermula 3 Mei, setiap Ahad pada 10.15malam.
SINOPSIS
Gabungan realiti dan dokumentari alam semula jadi menjadi pencetus program Law of the Jungle. Kali ini, mereka akan ke Kepulauan Solomon, di mana pelbagai aktiviti mencabar akan ditempuhi demi kelangsungan hidup.

Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Kim Byung Man, Park Jung Chul, Ryu Dam, Lee Jae Yoon, Yoon Do Hyun, Kwon Oh Joong, Kim Tae Woo (g.o.d.), Kim Gyu Ri, B2ST’s Kikwang, Dana (The Grace) dan Tao (EXO-M)

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton drama dan program terbaru di ONE HD. Sementara itu buat mereka yang terlepas untuk menonton siri drama popular Pinocchio dan The Woman Who Married Thrice! jangan bersedih hati kerana ONE HD akan menyiarkan kembali drama tersebut.
ยท Pinocchio | Bermula 31 Mei, setiap Ahad pada 4.30petang
ยท The Woman Who Married Thrice! | Bermula 19 Mei, setiap Isnin hingga Jumaat pada 6.25petang

Pinocchio, lee jong suk, park shin hye, ONE HD, MALAYSIA, 2015
The Woman Who Married Thrice, Malaysia, one HD, 2015

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter