Penerbit Running Man Meninjau Lokasi di Sarawak Untuk Penggambaraan

Kami telah menulis berkenaan ahli Running Man yang akan berada di Sarawak untuk penggambaraan tetapi sayang sekali mereka tiada dan rupa-rupanya hanya pengarah dan kru penggambaraan sahaja yang datang.
running man, sarawak, malaysia, 2015
Berita yang disiarkan di akhbar dan web membuatkan para peminat teruja dan menantikan kehadiran 7 sahabat ini tetapi sebaliknya berlaku. Diharap pihak penganjur tidak menggunakan taktik murahan ini untuk meraih perhatian terhadap acara yang mereka anjurkan.
Terdapat gambar Kim Jong Kook telah berada di Malaysia pada minggu lepas yang disebarkan di laman media sosial. Tetapi sebenarnya bukan, sebaliknya gambar Kim Jong Kook tersebut adalah semasa dia hadir ke Malaysia beberapa tahun lepas.
Produksi Running Man yang terdiri daripada pengarah dan kru penggambaraan telah dibawa melawat kawasan Uma Belor Belaga untuk meninjau kemungkinan mengadakan penggambaraan Running Man kelak. Kami harap tinjauan mereka memberikan hasil yang positif.

Ini pula gambar-gambar mereka semasa di sana.

Team produksi Runningman yang terdiri daripada director dan crew-crew bergambar kenang-kenangan di Uma Belor Belaga.
Posted by Kamek Miak Sarawak on Monday, April 13, 2015

Cuba teka ini juru kamera siapa?

Guess who?Running Man in the house at Uma Belor,Sungai Asap, Bakun Belaga. #RunningMan pic.twitter.com/NO88lBCme4
— Leslie C John (@Leslie_Echad) April 12, 2015

producer and krew #RunningMan berada di RumahPanjang Asap, Sarawak. 

running man, sarawak, malaysia, 2015

running man, sarawak, malaysia, 2015

running man, sarawak, malaysia, 2015

Sumber : FittyCemot

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter