Royal Pirates Hadir Ke Malaysia Untuk Promosi Album Terbaru

Malaysia selalu menjadi lokasi untuk artis baru Korea mempromosikan album mereka. Untuk tahun ini, band Korea-Amerika iaitu Royal Pirates akan datang ke Malaysia pada 1 Mei ini.

royal pirates, band, malaysia, kuching, sarawak

Buat kali pertama band ini akan bertemu peminat untuk mempromosi album terbaru berjudul Love Toxic. Peminat berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung dan bertemu dengan mereka di Sabah dan Kuala Lumpur.
Band Royal Pirates terdiri daripada Moon selaku vokalis dan pemain gitar, SooYoon selaku pemain drama dan pemain bass iaitu James. James mungkin biasa dilihat di kaca TV kerana dia pernah beberapa kali menyertai program KBS Dream Team. Mereka meraih populariti melalui lagu-lagu popular yang dinyanyikan mengikut gaya mereka sendiri di laman YouTube. Antara yang menarik perhatian peminat ialah lagu Nobody (Wonder Girls), Circus (Britney Spears), Mirotic (DBSK) dan banyak lagi.  Selepas memuat naik lagu popular Super Junior iaitu Sorry Sorry, mereka mendapat jemputan untuk muncul di program TV dan ini membantu populariti mereka. 
Mereka tampil dengan single digital Shout Out pada Ogos 2013 dan album mini pertama Drawing The Line pada Januari 2014. Album mini kedua iaitu Love Toxic pula dikeluarkan pada Ogos yang lalu. Album ini mengandungi 5 lagu termasuk 3 lagu baru dan 2 lagu versi Inggeris yang telah dikeluarkan terlebih dahulu.

royal pirates, band, malaysia, kuching, sarawak

Mereka juga merupakan artis jemputan istimewa untuk konsert global Lee Min Ho (sayang sekali Lee Min Ho tidak mengadakan konsert di sini). Akhirnya penantian berakhir dan mereka akan datang bertemu peminat dan membuat persembahan. Apa yang anda perlu lakukan ialah dapatkan album mini terbaru Love Toxic di kedai CD-Rama terpilih dan berpeluang mendapatkan 2 pass ke showcase. Kemasukan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Berikut ialah jadual promosi Royal Pirates Love Toxic:

Tarikh : 1 Mei 2015, Jumaat
Masa : 7 malam 
Acara : Showcase + sesi autograf
Tempat :  1Borneo Hypermall, GF Centre Atrium, Kota Kinabalu
Tarikh : 3 Mei 2015, Ahad
Masa : 6 petang
Acara : Showcase + sesi autograf
Tempat : Level 4, Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara

Mari tengok video muzik Royal Pirates.

royal pirates, band, malaysia, kuching, sarawak
royal pirates, band, malaysia, kuching, sarawak

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter