Kumpulan NOLZA Bakal Membuat Persembahan di AIFFA 2015

Selain daripada ahli-ahli Running Man yang akan turun ke Sarawak untuk sesi penggambaran, kumpulan NOLZA juga akan turut serta membuat persembahan di 2015 Asean International Film Festival & Awards nanti.

AIFFA 2015, NOLZA, LEE JUNG, RUNNING MAN, SARAWAK, KUCHING

NOLZA terdiri daripada empat jejaka iaitu Yar, Bum Sang, Doo Chul dan Ppase di bawah agensi LOUDers Entertainment. Mereka telah mengeluarkan album single pada tahun 2014. Mereka telah dijadualkan untuk membuat tiga persembahan seperti berikut dan akan ada sesi bertemu peminat.
Acara : Sesi Bertemu Peminat
Tarikh : 10 April, Jumaat
Masa : 3 petang
Tempat : Kompleks Membeli Belah Riverside
Acara : Upacara Pembukaan AIFFA 2015
Tarikh : 10 April, Jumaat
Masa : 6 petang
Tempat : Kampung Budaya Sarawak, Kuching
Tarikh : Malam Gala dan Anugerah AIFFA 2015
Masa : 6 petang
Tempat : Pusat Konvesyen Borneo, Kuching.
Tiket-tiket boleh didapati di TicketCharge!
Mari lihat video muzik debut mereka. Memang menarik.

CEO LOUDers Entertainment juga merupakan penyanyi R&B berbakat terkenal iaitu Lee Jung. Kami tertanya jika dia akan turut serta memandangkan dia juga berkawan rapat dengan ahli-ahli Running Man. Kalau mengikut tentatif AIFFA ini akan ada persembahan kejutan dari bintang K-Pop. Siapakah agaknya artis yang dimaksudkan ini?

AIFFA 2015, NOLZA, LEE JUNG, RUNNING MAN, SARAWAK, KUCHING

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter