Jom Teka Tarikh Konsert – 2015 BTS LIVE TRIOLOGY IN MALAYSIA “EPISODE II.THE RED BULLET”

2015 BTS LIVE TRIOLOGY IN MALAYSIA “EPISODE II.THE RED BULLET”
PERTANDINGAN TEKA TARIKH KONSERT
 
 
IME Productions adalah sebagai penganjur untuk 2015 BTS LIVE TRILOGY IN MALAYSIA “EPISODE II. THE RED BULLET”. Acara itu akan diakan pada Jun 2015, pukul 6ptg di  Mega Star Arena, Kuala Lumpur. 
 
Sebelum IME mengumumkan tarikh konsert, IME sedang menjalankan satu pertandingan yang dinamakan “TEKA TARIKH KONSERT – GUESS THE CONCERT DATE” dan ianya terbuka kepada semua ARMY (nama peminat BTS)! Tinggalkan mesej anda di kotak ruangan komen Facebook IME Productions Malaysia di SINI
Hadiah utama akan mendapat bomb light stick rasmi + poster berautograf, manakala hadiah saguhati berupa Poster autograph BTS. Pertandingan ni akan dijalankan sehingga 10 April 2015.
 
Tiket akan mula dijual pada April 12 (Ahad) di KWC Fashion Mall, LG centre court dari pukul 11pagi hingga 3ptg. Seribu (1,000) pembeli terawal akan menerima poster gergasi Konsert BTS eksklusif. Siapa cepat dia dapat.
 
Pemegang tiket VIP layak dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dimana ianya berupa eksklusif BTS “hello session passes”. Maklumat berkenaan sesi autograf akan diumumkan nanti. Seorang hanya dibenarkan membeli 8 tiket sahaja pada hari penjualan.
 
Kepada peminat yang tidak dapat membeli secara terus pada 12 April ini di KWC, anda bolehlah membeli secara online di  TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) bermula pada 12hb April (Ahad) pada pukul 3ptg. Tiket juga dijual di semua cawangan berhampiran anda bermula 13hb April di pejabat TicketCharge atau di kedai-kedai muzik Rock Corner, Speedy, Victoria music center, Neway Karaoke dan Celcom blue cube atau secara talian di TicketCharge hotline (603)92228811 atau IME Productions hotline di (603)21666166.
Harga Tiket untuk 2015 BTS LIVE TRILOGY IN MALAYSIA “EPISODE II. THE RED BULLET” seperti di bawah:-
• VIP RM628 (tempat duduk bernombor)
• CAT 2 RM528 (tempat duduk bernombor)
• CAT 3 RM328 (berdiri bebas)
** Harga tiket termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk wang proses RM4.
 
Untuk keterangan lanjut, boleh layari Facebook rasmi IME Productions official Facebook (www.facebook.com/imepmy ) .
 
Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter