GOT7 Temui Peminat di Singapura 25 April Ini

GOT7, Singapura, Malaysia

Bagi peminat yang terlepas menyaksikan GOT7 di Kuala Lumpur atau ingin bertemu dengan mereka sekali lagi, anda berpeluang untuk bertemu dengan mereka di Singapura.
Selepas menyambut ulang tahun pertama GOT7 di Korea pada 17 Januari yang lalu, mereka telah berjaya mengadakan jelajah pertama ‘GOT7 Asia Tour Showcase‘ bermula di Taiwan pada lewat Januari diikuti dengan Shanghai dan Hong Kong. Tidak melupakan peminat mereka di Asia Tenggara, jelajah diteruskan pada bulan Mac di Thailand dan Malaysia. Atas sambutan hangat peminat, acara di Thailand telah ditambah sehari lagi.
Pada 25 April ini, peminat di Singapura akhirnya berpeluang bertemu GOT7 dalam satu malam yang bakal dipenuhi dengan nyanyian, tarian dan permainan.
Maklumat Tiket:
Tarikh : Sabtu, 25 April
Masa : 7 malam
Tempat : Kallang Theatre, 1 Stadium Walk, Singapore 397688
Harga Tiket: (dalam Dolar Singapura)
Cat 1 S$249 – Gambar berkumpulan bersama GOT7 (100 pemenang bertuah)
Cat 2 S$199 – Hadiah istimewa ditandatangani oleh GOT7 (50 pemenang bertuah)
Cat 3 S$149 – High 5 bersama GOT 7 (80 pemenang bertuah)
Cat 4 S$99 – High 5 bersama GOT7 (20 pemenang bertuah)
Tempahan boleh dibuat secara:
Atas talian :  www.eventclique.com
Melalui telefon : +65 6602 9900
Di kaunter : Kaunter maklumat di Chinatown Point atau di Capitol Mall
Setiap pembeli tiket berpeluang memenangi hadiah esklusif di atas. Hanya mereka yang membeli tiket sebelum April 15, Rabu 11.59 malam layak untuk menyertai cabutan berikut.
Untuk maklumat terkini mengenai acara ini di Singapura, sila Like Facebook dan Twitter penganjur.
Mari kita lihat video dari GOT7 untuk peminat di Singapura.

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter