Program Running Man tidak lagi asing buat peminat hiburan Korea di Malaysia. Malah, mereka telah beberapa kali hadir ke sini untuk pelbagai aktiviti bersama peminat, baik dari sesi bertemu peminat, persembahan dan sebagainya. Tetapi mereka tidak pernah menjalani penggambaran untuk program Running Man di sini.
Sebelum ini, Running Man telah beberapa kali mengadakan pengambaran di luar negara seperti di Australia, Hong Kong dan Thailand. Kali ini, kami mendapat tahu mereka akan mengadakan penggambaran di negeri Sarawak. Lokasi yang menjadi pilihan penggambaran ialah Tasik Bakun di mana ia mempunyai landskap semulajadi yang menarik.
Kesemua tujuh ahli Running Man iaitu Yoo Jae Suk, Gary, Lee Kwang Soo, Jin Suk Jin, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook dan Haha akan menjalani penggambaran Running Man di Tasik Bakun, Sarawak pada bulan April ini.
Kami telah mendengar ura-ura sejak sekian lama mengenai rancangan untuk membawa mereka ke sini tapi tiada maklumat yang tepat. Pada awal tahun ini, terdapat maklumat bahawa mereka yang terlibat telah mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran mereka. Kedatangan mereka ini juga sempena Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung pada 9 sehingga 11 April depan di mana mereka juga akan turut memeriahkan acara.
Sumber : Astro Awani
Ikuti kami di :