VIXX LIVE FANTASIA UTOPIA IN SINGAPORE 2015
Berita gembira kepada peminat VIXX, Starlight! Kami ada pengumuman rasmi berkenaan konsert “Live Fantasia Utopia in Singapore 2015”
Jualan tiket akan bermua pada 4 April 2015 ini. Dah dapat gaji belum? Haha!
Tiket untuk Cat 1 VIP hanya boleh dibeli secara terus di SCAPE (2 Orchard Link, Level 5) dari pukul 10.00pagi sehingga 5.00petang dan berkonsepkan siapa cepat dia dapat. Setiap seorang dihadkan untuk membeli tidak lebih dari 4 tiket sahaja.
Pemegang tiket Cat 1 VIP layak untuk menyertai cabutan bertuah dimana mereka akan berpeluang untuk memenangi pas “High Touch” bersama VIXX dan percuma T-shirt Konsert VIXX. Butiran terperinci berkenaan acara High Touch akan diumumkan nanti.
*Semua pemegang tiket akan layak menerima poster konsert VIXX SG.
**Pemegang tiket Cat 1 VIP layak menerima T-shirt konsert VIXX SG.
Pelan Tempat Duduk (Seating Plan)
Untuk kategori tiket yang lain boleh dibeli di semua platform SISTIC secara Online, panggilan telefon (hotline) atau pun cawangan berhampiran (outlets) anda dari pukul 3.00petang ke atas.
Laman web Sistic: www.sistic.com.sg
Sistic ticketing hotline : +65 6348 5555
Butiran berkenaan Konsert VIXX di SG adalah seperti di bawah:
BUTIRAN KONSERT
Tajuk Konsert: VIXX Live Fantasia Utopia in Singapore 2015
Tarikh: 29 Mei 2015
Lokasi: Max Pavilion, Singapore Expo
Masa: 8.00petang
Harga Kategori Tiket: Cat 1 VIP S$288, Cat 2 S$228, Cat 3 S$168 & Cat 4 S$128
(Mata wang dalam SGD)
(Mata wang dalam SGD)
VIXX Live Fantasia Utopia In Singapore 2015 dianjurkan oleh:
IME PRODUCTIONS
THREE ANGLES GROUP PTE LTD
SOUGYO PRODUCTION
MNC INNOFORM
Ikuti kami di :