Ini bukanlah khabar angin, tetapi bekas ahli kumpulan MBLAQ iaitu Lee Joon terlibat dalam skandal anak luar nikah dalam drama terbaru yang disiarkan secara ekslusif di ONE.
Heard It As A Rumour mengisahkan keluarga kaya dan berpengaruh di Korea yang diketuai oleh Han Jung Ho (Yoo Joon Sang, Birth Secret) dan isteri Choi Yun Hee (Yoo Ho Jeong). Pasangan ini bertekad untuk menyaksikan anak remaja mereka iaitu Han In Sang (Lee Joon) menjadi peguam yang berjaya dan mereka melalukan segala yang terdaya dari manipulasi kerajaan sehingga mengunakan khidmat pawang untuk ia menjadi realiti. Tetapi satu hari rancangan mereka musnah apabila In Sang membawa pulang teman wanitanya Seo Bom (Go Ah Sung) yang sarat mengandung dan mengumumkan yang dia akan mengahwini Seo Bom.
Kehidupan keluarga Han yang sebelum ini teratur dan menurut perintah kini telah menjadi sebaliknya dengan kehadiran Seo Bom. Bagaimana keluarga Han dapat meyakinkan agar anak mereka mengikut apa yang telah dirancangkan, sementara kekasih kesayangan dan anak mereka dirahsiakan? Bolehkan Seo Bom menerima realiti percintaan terlarang dengan anak orang kaya ini? Kisah ini bertambah menarik apabila watak utama Seo Bom yang hidup miskin tetapi dia tidak pernah mengeluh akan nasibnya sementara In Sang anak orang kaya yang penakut dan patuh tetapi berdedikasi terhadap cintanya.
Drama ini membariskan pelakon-pelakon yang hebat selain Lee Joon seperti Yoo Joon Sang telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik di beberapa anugerah TV di Korea.
Drama Heard It As A Rumour ini telah mula disiarkan sejak Mac 23 yang lalu pada pukul 8.55 malam setiap hari Isnin dan Selasa.
Ikuti kami di :