Para peminat GOT7 atau dikenali sebagai IGOT7 sanggup menunggu sejak awal pagi untuk membeli tiket sempena acara bertemu peminat GOT7 di Quill Citty Mall pada 28 Februari yang lalu.
Pada hari tersebut, sesi pra-jualan tiket telah berlangsung dan sejumlah peminat telah berkumpul untuk membeli tiket VIP+ yang disertakan sekali pass untuk sesi High-5 dan tiket VIP.
Peminat membuktikan sokongan mereka kepada GOT7 dan sanggup menanti lama untuk membeli tiket.
Tiket kategori tersebut telah habis dijual dalam 30 minit sahaja. Acara jualan selesai setelah 4 jam. Kategori tiket yang telah habis dijual ialah TOP1 dan TOP2 dalam masa 2 hari sahaja. Yang tinggal kini ialah tiket untuk kategori VIP, ACE1 dan ACE2.
Tinggal 11 hari lagi untuk bertemu GOT7 buat kali pertama di Kuala Lumpur. Tiket-tiket masih lagi boleh didapati melalui laman web http://www.ticketpro.com.my/ dan pemegang tiket bertuah berpeluang untuk mengambil gambar dan album yang ditandatangani esklusif. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai acara ini, ikuti Erama Official di https://www.facebook.com/eramatv
Mari saksikan pesanan istimewa buat peminat di Malaysia dari GOT7.
Jika anda berada di sana dan telah membeli tiket, kongsikan pengalaman ada bersama kami di bawah.
Ikuti kami di: