APINK PINK PARADISE IN SINGAPORE 2015
Berita baik buat Pink Pandas atau peminat Apink sendiri, Apink bakal menyerang negara singa, Singapura pada bulan Mac ini. Ini adalah konsert yang pertama buat Apink setelah 4 tahun bertungkus lumus dan meraih populariti di Korea Selatan. Keenam-enam gadis muda yang terdiri daripada Park Cho Rong (ketua), Son Na Eun, Yoon Bo Mi, Jung Eun Ji, Kim Nam Joo dan Oh Ha Young mendapat tempat di hati peminat lelaki mahupun wanita. Berkonsepkan gadis sopan dan comel, konsep ini berjaya juga menambat hati ahjusshi (lelaki lebih berumur) dan mereka yang berada di khidmat ketenteraan.
Mereka terkenal dengan lagu yang benar-benar menjadi siulan hangat warga Korea Selatan seperti No No No, Mr. Chu, Hush, BuBiBu, I Don’t Know, My My dan terbaru LUV. Kepada peminat yang ingin bertemu mereka, sila pastikan jadual anda masih kosong untuk maklumat di bawah;
Tarikh : 22 Mac 2015 (Ahad)
Masa: 6 petang
Lokasi : The Max Pavilion, EXPO Hall 10
Harga tiket:
Cat 1 VIP Mosh Pit: S$288
Cat 2: S$228
Cat 3: S$208
Cat 4: S$168
Cat 5: S$128
Cat 6: S$98
Penjualan tiket telah pun bermula sejak 8 Febuari yang lalu. Dikhabarkan terdapat beberapa katogeri tiket telah hampir habis dijual. Semoga peminat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan daripada keenam-enam gadis ayu ini.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melawat ke laman facebook Three Angles Productions atau anda boleh mendapatkan tiket secara online di www.sistic.com.sg .
Ikuti kami di: