Berita baik buat peminat GOT7 di Malaysia. Mereka akan kembali ke Kuala Lumpur. Ingat lagi tak yang mereka pernah datang ke sini untuk mengadakan penggambaran video muzik A di sekitar Kuala Lumpur. Video tersebut juga telah mencatat rekod tontonan sebanyak sejuta tontonan dalam masa 2 hari sebaik sahaja disiarkan.
GOT7 merupakan kumpulan terbaru dari JYP Entertainment yang mempunyai tujuh ahli terdiri daripada JB, Mark, Jr., Jackson, Youngjae, Bambam dan YuGyeom. Mereka muncul buat pertama kali pada awal Januari 2014 dengan lagu Girls Girls Girls. Persembahan bertenaga mereka telah menarik ramai perhatian dan menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di luar negara.
Kini mereka kembali untuk bertemu secara dekat peminat mereka di KL Live, Life Centre pada Mac ini. Selain dari persembahan istimewa, peminat juga berpeluang bermesra lebih dekat dengan mereka. 100 pemegang tiket VIP+ berpeluang untuk mendapat pass untuk acara hi-5 bersama GOT7.
Tarikh : Mac 21, 2015 (Sabtu)
Masa : 4petang (Pintu dibuka)
Lokasi : KL Live, Life Centre
Harga Tiket : (VIP+) RM550/ (VIP) RM450 / (ACE 1) RM350 / (ACE2) RM290/ (TOP 1 &2) RM190
Acara ini dibawakan oleh Erama dan penaja telco rasmi, U Mobile! Peminat boleh mendapatkan tiket secara talian bermula pada Mac 1, 10 pagi melalui Ticketpro. 500 tiket pertama akan dijual di Quill City Mall Kuala Lumpur pada Mac 28. 500 pembeli tiket yang pertama akan mendapat poster khas GOT7. Acara jualan akan bermula dari 1 tengahari sehingga 5 petang.
Ikuti kami di: