Bobby iKon dan Kevin ZE:A berkawan rapat dengan HyunMin-A dari Malaysia

Dalam diam rupanya HyunMin-A atau lebih dikenali dengan nama Ajieb Rosdi oleh peminat di Malaysia, berkawan rapat dengan idola hangat dari YGE rupanya. Siapa tu? Yer, bukan calang2 orang ye? Idola YG yang dikatakan itu adalah salah seorang ahli dari kumpulan yang bakal debut nanti iaitu BOBBY dari iKon. Bobby juga pemenang program realiti rap “Show Me The Money” musim ketiga.
 
Bobby sebagai rapper iKon berkawan baik dengan Ajieb dan Kevin ZE:A
 
Bagaimana admin tahu perkara ini? Sejauh mana kebenaran cerita ini? Nah, kami menerima email dari seseorang ‘peminat’ misteri iKon. Katanya dia ternampak Bobby memuat naik video di facebook peribadi Bobby yang mana Bobby tujukan status tersebut kepada Ajieb dan Kevin (ZE:A). Ini beerti, Ajieb bukan sahaja rakan baik Bobby, malah Kevin dari kumpulan ZE:A atau Nasty Nasty. Terkejut juga admin mendengar berita ini. Mana taknya, tak pernah nampak Ajieb bercerita mengenai Bobby dan Kevin di twitternya. Yang ada pun, Ajieb berkongsi berkenaannya dan ahli SPEED.
 
Ajieb Rosdi (HyunMin-A)
 
Kevin dari kumpulan ZE:A
 
 
Selidik punya selidik, rupanya Ajieb memang pernah memberi hint tentang persahabatannya dengan Bobby sebelum ini. Salah satunya adalah pos di laman sosial instagram Ajieb iaitu Hyunmin_A. Ajieb membuat fanart dan minta pengikut instagramnya meneka siapakah gerangan jejaka yang dilukisnya itu.
 
 
Wajah siapa yang anda nampak?
 
 
Peminat misteri itu menyatakan dia ternampak Bobby memuat naik video yang dikatakan telah disediakan oleh Ajieb dan Kevin sempena hari jadi Bobby akhir tahun lalu di laman facebook peribadinya. Kami tak boleh tengok video itu kerana Bobby telah privatekan akaun facebooknya. Dalam kiriman email itu, maka peminat ‘misteri’ ini tolong screencapskan untuk Buletin Kpop. Hanya segelintir sahaja yang dapat tengok katanya. Disebabkan dah banyak kali akaun facebook Bobby digodam peminat/anti, maka Bobby terpaksa privatekan terus akaunnya.
 
Bobby memuat naik video projek hari jadi Bobby (Kim Jiwon – 김지원) yang dibuat oleh Ajieb dan Kevin (Kim Ji Yeop – 김지엽) kepadanya di laman facebook peribadinya.
 
Sayangnya, admin pun tak dapat nak korek lebih-lebih. Admin ada juga cuba bertanya kepada Ajieb sendiri berkenaan cerita ini. Maklumlah, mestilah timbul tanda tanya dan persoalan dari peminat Kpop kan? Ajieb menjawab kami dengan berkata “Sampai suatu masa, saya akan beritahu kelak. Tapi bukan sekarang.  Apapun kalau sesiapa yang follow saya, mesti dah tahu jawapannya.” Eh, jawapannya benar atau tidak ni? Sama-sama kita nantikannya.
 
Tidak hairanlah Ajieb berperanan sebagai rapper dalam kumpulan yang bakal Ajieb debut nanti. Ada rakan baik yang sangat berbakat dalam rap rupanya.  Baguslah begitu, berkawan dan belajar tentang kelebihan masing-masing untuk memajukan diri di masa akan datang. Apapun kisahnya, Buletin Kpop berharap Ajieb dan Bobby akan kekalkan persahabatan walau dimana kedudukan mereka nanti. Hwaiting Ajieb sebagai wakil Malaysia. Hwaiting Bobby untuk debut iKon nanti!
 


Mari ikuti kami di:

Share on facebook
Share on twitter