Promosi Filem Dragon Blade yang dibarisi oleh Jackie Chan, John Cusack dan Choi Siwon (Super Junior) di Pavillion!

Filem bergenre aksi-sejarah ini bakal ditayangkan pada hari pertama Tahun Baru Cina, 23 Febuari 2015 yang sudah semestinya dinanti-nantikan oleh  peminat Jackie Chan.
Dragon Blade mengisahkan mengenai jeneral dari Dinasti Han bernama Huo An (Jackie Chan) yang mengetuai Skuad Perlindungan dari Regim Barat telah ditahan oleh kuasa-kuasa besar dan dipaksa menjadi hamba. Pada masa yang sama, seorang jeneral Roman (dilakonkan oleh John
Cusack)
telah melarikan diri ke China selepas menyelamatkan seorang putera raja. Dua jeneral tersebut masing-masing menuntut bela di atas ketidakadilan dan kekejaman kuasa-kuasa besar dan mereka ingin melindungi Silk Road.
Menurut sumber, Dragon Blade diberi ilham dari lagenda misteri di sebuah bandar China berhampiran sempadan utara China dimana ianya didakwa telah didiami oleh keturunan tentera Empayar Rom. Dibarisi pelakon-pelakon hebat termasuklah Jackie Chan, Choi Siwon, John Cusack, Adrian Brody, William Feng, Amanda Wang, Lin Peng dan ramai lagi.

Jom kita saksikan trailer filem ini;

Bersempena mempromosikan filem bawah arahan Daniel Lee ini, 4 pelakon termasuklah Jackie Chan, Choi Siwon, John Cusack, dan Adrian Brody bakal menyerang Malaysia pada 11 Febuari 2015, 8.00 malam di Pavilion, Kuala Lumpur! Jom ramai-ramai ke sana.
Mari ikuti kami di: