Bagi peminat drama Korea pasti sudah biasa melihat adegan makan ayam goreng bersama keluarga atau ketika bersama rakan di dalam drama. Tetapi ia turut menjadi ikutan apabila muncul dalam drama popular My Love from the Star. Jika anda terliur melihat aksi Jeon Ji Hyun dan ayam goreng jangan risau kerana restoran ayam goreng terkenal Kyochon telah membuka cawangan terbaru mereka di Pavilion Kuala Lumpur.
Ini merupakan cawangan ketiga selepas cawangan di 1 Utama Shopping Centre (2014) dan Menara Hap Seng. Cawangan restoran ini merupakan yang terbesar di dunia.
KyoChon adalah gabungan perkataan Korea yang membawa maksud kampung tulen bererti mereka hanya menggunakan cara yang paling semula jadi dan bersih dalam penyediaan ayam goreng mereka.
Pada 23 Januari yang lalu, cawangan Kyochon di Pavilion KL telah dirasmikan oleh pengasas dan pengerusi Kyochon, Encik Kwon Won Kang. Majlis pembukaan juga turut dihiburkan dengan tarian singa sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Para tetamu dan media telah diberi peluang untuk merasa sendiri keenakan ayam goreng Kyochon ini.
Terdapat 4 pilihan ayam goreng iaitu perasa Asli, Merah, Madu dan Salsal. Ada yang pedas, manis dan biasa untuk dicuba. Ayam goreng ini akan digoreng sebaik sahaja pesanan dibuat untuk menjamin kerangupan dan kesegaran.
Pelakon terkenal Lee Min Ho merupakan duta terbaru Kyochon. Gambar dan poster dia turut menghiasi restoran ini. Mungkin di masa akan datang, Lee Min Ho akan dibawa untuk bertemu peminat di sini.
Untuk info dan promosi terkini KyoChon Malaysia lawati laman Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KyoChon Malaysia di atas jemputan ini.
Gambar oleh Emi
Mari ikuti kami di: