Projek Menentukan Nama Kumpulan Untuk 4 Jejaka dari HICC Media

 Memperkenalkan kumpulan lelaki terbaru dari HICC dan projek mencipta nama kumpulan mereka!!
 

 
Kumpulan ini terdiri daripada 4 ahli yang terdiri daripada model, pelakon, pengacara dan penyanyi berpengalaman. Boleh dikatakan mereka berempat ini pakar dalam industri hiburan. Memiliki harapan dan impian iaitu untuk menjadi kumpulan lelaki yang dikenali serta disegani masyarakat malah berhasrat untuk meluaskan sayap sehingga ke peringkat global.
 

Lee Changwoo (ketua) adalah ahli pertama yang diperkenalkan oleh HICC. Sudah memulakan karier nyanyiannya di Korea dan Jepun, maka tidak hairanlah apabila kami diberitahu bahawa dia akan menjadi penyanyi utama di dalam kumpulan ini.
 

Ahli kedua pula kacak orangnya. Danwoo memiliki ketinggian mencecah 190cm ini adalah seorang model dan dikatakan sedang aktif di bidang lakonan dan DJ. Danwoo juga memiliki paras rupa seperti James Dean. Huh! Gambar ini jer dah buat peminat wanita cair dibuatnya. Oops, bukan admin yg mintak gambar ni tau. Mereka yang bagi. Hehehe!
 

Juga mempunyai paras ketinggian yang ideal, ahli yang berbakat dalam tarian B-boy ini dikenali sebagai DongUk. Matanya yang besar dan mempunyai wajah yang comel boleh menjadi daya penarik untuk kumpulan ini.

 


Ahli kumpulan terakhir pula membawa sedikit sebanyak sifat kemelayuan di dunia seni Kpop. Nama Koreanya Hyunmin-A, atau nama Melayunya Ajieb. Dikenali dengan bakatnya sebagai seorang pengacara dan penghibur di Malaysia sebelum ini. Hyunmin juga dikatakan akan membawa posisi sebagai rapper, DJ dan pengacara untuk kumpulan di bawah naungan HICC ini. Siapa sangka kan ada jejaka Melayu dalam dunia K-Pop tak lama lagi.

Artis dan kumpulan baru naungan HICC ini berhasrat menempatkan nama mereka ke pasaran Asia dan bakal debut pada tahun 2015 ini. Mereka juga akan berusaha keras dan bakal dipromosikan di Jepun, Malaysia dan Negara-negara yang berada di Asia Tenggara. Jika dilihat keempat-empat mereka, mereka tidak seperti gaya idola-idola Korea yang lain. Wajah mereka lebih kepada gaya seorang pelakon dan model kan? Tak sabar rasanya menantikan debut mereka. Korang pun mesti rasa benda yang sama kan?

Jadi, apa tunggu lagi. Jom sokong mereka dan mengundi nama yang sesuai untuk kumpulan baru bawah naungan HICC ini. Penyertaan yang terpilih bakal menerima cenderahati daripada HICC sendiri. Best kan? Undi cepat sebelum pukul 10.59malam ini (Waktu Malaysia). Pallie! Pallie! Jadi, selamat mengundi!

Lawati www.hiccmedia.com untuk mengundi nama kumpulan baru mereka. Hwaiting!

Join kami di:
Share on facebook
Share on twitter