Kejayaan Showcase Pertama ToppDogg Di Malaysia

 ToppDogg First Showcase 2014 Live in Kuala Lumpur

ToppDogg bersama peminat (Gambar ihsan dari Jazzy Group)

Bertempat di HGH Convention Centre, 12 anak muda dari agensi Stardom Ent. hadir untuk pertama kalinya di Malaysia demi menjayakan “First Showcase 2014 Live in Kuala Lumpur”. Setibanya mereka di KLIA2 Sabtu lalu disambut mesra oleh beberapa ToppKlass (nama peminat) Malaysia sudah cukup membuatkan ToppDogg merasa diri mereka juga dikenali di sini. Mereka yang sepatutnya 13 orang ahli, tetapi salah seorang daripada ahli mereka tidak dapat datang kerana mengalami kecederaan se semasa latihan dan kini sedang berehat buat sementara waktu.
Aksi bertenaga dari ToppDogg
ToppDogg dianggotai oleh Jenissi, Gohn, Hojoon, Sangdo, Kidoh, Nakta, Hansol, B-Joo, Xero, A-Tom, Yano, Seogoong dan P-goon sebagai ketua kumpulan. Walaupun kekurangan ahli kumpulan, persembahan ToppDogg di atas pentas tetap bertenaga dan menghiburkan para peminat yang hadir.

Dewan yang dipenuhi oleh ToppKlass menjadi riuh apabila mereka bersorak supaya ToppDogg naik ke atas pentas. Acara benar-benar bermula apabila ToppDogg muncul dengan menyanyikan lagu debut mereka iaitu “Say It”. Popular dengan gelaran hip hop idol yang ‘swag’, ToppDogg tetap bertenaga hingga ke akhir persembahan. Mereka menyanyikan lagu “Open the Door”, “Ara”, “Arario”,”Top Dog”, “Peekaboo”, “Annie” dan “Why Am I Like This” adalah lagu encore mereka. Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan “Wizard Dance Performance” oleh ahli-ahli mereka yang dipecahkan mengikut posisi mereka, iaitu vocal, tarian dan rap.

Sesi permainan bersama peminat bertuah. (Gambar ihsan dari naddys)
Peminat bertuah berpeluang naik ke atas pentas untuk mendekati ahli-ahli ToppDogg dengan lebih dekat lagi. Mereka bermain permainan dengan artis kegemaran mereka. antaranya permainan yang dimainkan adalah permainan popular di Korea iaitu “Cham Cham Cham”, latihan tarian, video bangun tidur oleh ahli-ahli ToppDogg di dorm mereka dan sesi temubual “berapa banyak yang anda tahu tentang ToppDogg” yang diselitkan antara persembahan mereka telah menyebabkan dewan dipenuhi gelak ketawa peminat dan ahli-ahli kumpulan ToppDogg.
Acara ini menjadi lebih istimewa apabila TopKlass Malaysia membuat kejutan bagi meraikan hari lahir Kidoh yang bakal tiba tidak lama lagi. Kidoh yang sedang rap untuk persembahan solonya terkejut apabila muzik tiba-tiba terhenti dan wakil dari ToppKlass Malaysia muncul bersama penganjur membawakan kek hari lahir dan menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir. Kidoh yang masih dalam keadaan terkedu berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat-peminat dari Malaysia.
Kejutan sambutan hari lahir Kidoh. 
Upacara kemuncak bagi The Malaysia Showcase ToppDogg 2014 adalah sesi autograph ToppDogg dan peminat yang mempunyai pas. Penantian ToppKlass Malaysia selama setahun berbaloi apabila mereka dapat berinteraksi dan berpeluang beramah mesra dengan artis kegemaran mereka ketika sesi autograph ini.
Sesi autograf bersama peminat. (Gambar ihsan dari Jazzy Group)
Kesimpulannya, “ToppDogg First Showcase 2014” yang dianjurkan oleh Jazzy Group adalah sangat berjaya. ToppKlass Malaysia sangat terhibur sepanjang acara berlangsung dan berharap ToppDogg akan kembali ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat-peminat mereka pada masa akan datang.
Join kami di:
FACEBOOK | TWITTER
Share on facebook
Share on twitter