Konsert Mini Pertama BOYFRIEND di Malaysia “Bewitch” 2015 dan Harga Jualan Tiket

BOYFRIEND – The First Mini Concert In Malaysia “Bewitch” 2015
 
  
 
Pada Mei 2011, Boyfriend muncul dengan imej remaja lelaki comel dengan debut single mereka bertajuk “Boyfriend”.
Boyfriend (보이프렌드) mempunyai enam jejaka kacak Korea Selatan di bawah naungan Starship
Entertainment
yang terdiri daripada Kim DongHyun (ketua dan vokal), Shim Hyunseong (Vokal Utama), Lee JeongMin (Vokal) , Cho Youngmin (Abang Kembar),  Cho KwangMin (Adik Kembar) dan NohMinWoo (main dancer).  Mereka adalah kumpulan idol pertama yang mempunyai ahli kembar. Nama rasmi kelab peminat mereka yang adalah “Best Friend”. Tetapi, kalau nak pefeeling “Girlfriend” pun boleh. Tapi untuk peminat perempuan jer la.
 
Boyfriend pernah memenangi beberapa anugerah seperti Artis Baru Terbaik (Best New Artist) di SBS MTV Best of the Best, Pendatang Baru Terbaik (Best Newcomer Award) di 21st Seoul Music Awards dan 3 Artis Baru Terbaik (Best 3 New Artists (Asia)) di 27th Japan Gold Disc Awards.
Jika dulu mereka debut dengan imej yang agak comel dan muda, sekarang keenam-enam mereka tampil baru dengan lebih maskulin dan bertenaga. Seolah-olah keluar dari kepompong yang mana mereka benar-benar menunjukkan betapa mereka sudah bersedia menuju ke dunia lelaki dewasa.
 
“Witch” lagu yang pernah berada pada kedudukan nombor 1 di SBS MTV’s ‘The Show Season 4’. Boyfriend akan memaksimumkan jangkaan peminat di Konsert Mini pertama mereka di Malaysia dimana Boyfriend telah berjaya menjayakan mini konsert mereka di pelbagai negara di seluruh dunia sebelum ini. Mereka pernah menjelajah sehingga ke Jepun, Taiwan, China, Thailand, Amerika Syarikat, Puerto Rico, dan banyak lagi. Setelah empat tahun, akhirnya mereka dapat bertemu peminat mereka di Malaysia untuk “Boyfriend the First Mini Concert in Malaysia “Bewitch” 2015”
 
Di atas permintaan peminat Malaysia, “Boyfriend the First Mini Concert in Malaysia “Bewitch” 2015” dengan bangganya dibawakan oleh New Pro Star. Penganjur yang pernah membawakan artis Hallyu ke Malaysia sejak 2012 lagi. Mereka pernah membawa bintang Running Man terkenal iaitu Sparta Kim Jong Kook, kumpulan penyanyi MIK, kumpulan idola AlphaBAT, The Boss (DGNA) dan EvoL.
Konsert mini ini akan menarik ramai peminat dari pelbagai aspek dengan daya tarikan ahli-ahli Boyfriend sendiri dari imej remaja lelaki yang comel kepada jejaka dewasa yang maskulin. Ianya akan diadakan di HGH Convention Centre. Konsert ini kan menjadi kenangan manis buat “Best Friend” yang setia menantikan mereka selama 4 tahun untuk datang ke Malaysia. Pada 24hb Januari 2015 ini, impian mereka akan tercapai.

Harga Jualan Tiket “The First Mini Concert In Malaysia “Bewitch” 2015″

 

Harga Tiket:
SSVIP (Had untuk 150 sahaja) – RM638
VVIP RM438
VIP RM338
BF1 RM238
BF Circle RM168
BF2 RM138

Pemegang tiket SVVIP layak mendapat:
1. Tempat duduk bahagian hadapan
2. Pas foto (10 orang dalam satu foto)
3. Percuma Album import, Witch [Mini Album Vol.3]
4. Barisan keutamaan untuk sesi autograf
5. Pas untuk “Celebration Party”
6. Poster “Limited edition”
7. Diskaun 10% untuk baeangan rasmi (official merchandise)
SVVIP berharga RM638 dan eksklusif untuk 150 orang peminat sahaja.

Cara-cara pembelian:
1. Sila datang ke pejabat New Pro Star bermula Isnin, 15hb Disember pada pukul 2 ptg. Peminat boleh datang dari Isnin hingga Jumaat (2 ptg – 6 ptg). Sila bawa kad pengenalan anda.

Alamat : 107-1 Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
ATAU

2. Emailkan kepada [email protected] dengan subjek “BOYFRIEND BEWITCH SVVIP”
dan isi makumat di bawah di dalam email anda:

Name (as per IC or Passport):
IC or Passport No.:
Email Address:
Phone No.:
Number of tickets:

Pemegang tiket VVIP layak mendapat:
1. Tempat duduk bahagian hadapan
2. Barisan keutamaan untuk sesi autograf
3. Poster “Limited edition”
4. Diskaun 10% untuk baeangan rasmi (official merchandise)

VVIP berharga RM438 di Ticket Charge.

Pemegang tiket VIP layak mendapat:
1. Tempat duduk bernombor
2. Poster “Limited edition”
VIP berharga RM338 di Ticket Charge.

Pemegang tiket BF1 akan mendapat:
1. Tempat duduk bernombor
BF1 berharga RM238 di Ticket Charge.

Pemegang tiket BF Circle akan mendapat:
1. Tempat duduk bebas (circle seats)
BF Circle berharga RM168 di Ticket Charge.

Pemegang tiket BF2 akan mendapat:
1. Tempat duduk bebas
BF2 berharga RM138 di Ticket Charge.

Tiket-tiket VVIP, VIP, BF1, BF Circle & BF2 akan mulai dijual pada hari Sabtu ini, 20 Disember di  Ticket Charge.

Nota: Harga tiket untuk semua kategori tertakluk kepada yuran pemprosesan RM3.

New Pro Star Hotline: +60390580779 / www.facebook.com/newprostar.my
Ticket Charge : http://www.ticketcharge.com.my/

Join kami di:
FACEBOOK | TWITTER

Share on facebook
Share on twitter