KLIA Ditimpa Tsunami Runners yang Menyambut Ketibaan Ahli Running Man

Macam nak roboh KLIA dibuatnya, untuk pertama kali admin menyaksikan begitu ramai pengawal yang menjaga selebriti dari Korea Selatan yang hanya berjumlah lima orang. Lima ya? bukan 15. Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo tiba di KLIA malam tadi dengan dikawal lebih kurang 40 orang pengawal. Admin dan mungkin juga peminat-peminat yang berada di KLIA malam tadi mengalami nasib yang sama dimana keadaan tolak menolak, rempuh merempuh, jingkit mengjinkit, lari berlari, semuanya ada. Kalau keadaan sebegini selalunya berlaku ketka artis K-pop tiba di KLIA, tapi tidak untuk kali ini.
Abang-abang pengawal sedang mengumpul tenaga sebelum ahli Running Man tiba
 
Dengan populariti Running Man, penganjur menyediakan pengawal peribadi yang mencukupi untuk mengawal keselamatan selebriti dan juga peminat

 
Jika artis K-pop yang tiba di KLIA, selalunya peminat yang menunggu ketibaan mereka terdiri daripada peminat yang lebih kurang sebaya umurnya dan mungkin hanya peminat K-pop. Berbeza dengan peminat Running Man yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan generasi. Admin tengok ada yang sampai satu keluarga datang bersama anak-anak kecil mereka yang begitu teruja menanti ahli-ahli Running Man. Malah, beberapa pekerja yang berkhidmat di KLIA juga ada yang sampai tutup kaunter kedai mereka sekejap demi mahu melihat kelibat selebriti ini. Peminat-peminat lelaki pun boleh tahan memanggil-manggil nama mereka. Paling jelas admin ingat JI SUK JIN!! IMPALA!! Mana tak lebar senyuman Ji Suk Jin ketika itu. LOL. Nampak tak kuasa populariti Running Man? Ini bukan cerita peminat K-Pop, tapi peminat Running Man tau. Hehehe! Walau apa-apa pun, admin dapat menjamin tiada yang mengalami kecederaan serius semasa sesi kejar mengejar ini dijalankan di KLIA. Jangan risau ya?
 

Peminat si ‘Zirafah’ Lee Kwang Soo yang menanti ‘oppa’nya tiba.
 
Peminat cilik yang juga tak sabar menunggu kemunculan ahli Running di balai ketibaan VIP
Semasa di anjung ketibaan, sempat admin mendapat lambaian dari Ji Hyo. Sayang sekali tak sempat nak merakam detik itu. Tapi tak mengapa, hari ini Race Start Season 2 yang dibawakan oleh One HD akan diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur, dan sebelum itu pada puku 12 tengah hari, mereka akan berada di Paradigm Mall untuk sesi autograf. Pastinya akan banyak lagi detik menarik yang akan muncul di situ.
 
Baiklah, tak perlu cerita banyak lagi. Jom kita tengok bagaimana keadaan tsunami Runners di KLIA malam tadi. Sila mainkan video fancam d bawah. Selamat menonton. Maaf dengan keadaan video yang tidak memuaskan. Maklumlah, kali ini memang susah nak dapatkan spot yang baik.

Join kami di:
Share on facebook
Share on twitter