Lee Kwang Soo Turut Serta Untuk ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’

Lee Kwang Soo Turut Serta Untuk ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’
 

 

Lee Kwang Soo menyertai rakan ahli Running Man nya yang lain untuk sesi bertemu peminat di Malaysia;
ONE HD akan mengadakan sesi autograf Running Man di Paradigm Mall


Malaysia, 18 October 2014 – Peminat Running Man di Malaysia pasti bertambah gembira apabila mengetahui bahawa Lee Kwang Soo akan menyertai  rakan sepasukannya HaHa (Ha Dong Hoon), Kim Jong Kook, Ji Suk Jin dan Song Ji Hyo untuk ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’yang akan berlangsung pada 1 November, Sabtu, 6.30ptg di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Kwang Soo yang pada mulanya tidak tersenarai untuk acara di Malaysia telah mengesahkan kehadirannya dalam acara ini disebabkan perubahan jadualnya. Dikenali sebagai ‘Zirafah’ dalam program TV ekstrim popular, Kwang Soo bersama-sama ahli lain akan menembusi sempadan dunia komedi semasa fan meeting yang dijalankan berserta dengan pelbagai persembahan.

Penambahannya untuk fan meeting kali ini akan memberikan pengalaman Race Start yang hebat kepada peminat Malaysia dengan kadar harga tiket yang masih sama. Peminat akan disajikan dengan dua jam persembahan yang menyeronokkan, termasuk dengan permainan yang interaktif, komedi dan persembahan lagu dari ahli Running Man kegemaran mereka.

Untuk membuatkan petang itu lebih diingati, peminat yang membeli tiket sebelum 23hb Oktober 2014 akan mendapat peluang untuk menaiki ke pentas dan berinteraksi secara terus dengan bintang-bintang itu melalui permainan yang istimewa.

Untuk keterangan lanjut, sil lawati: http://www.onetvasia.com/RaceStartMY

Sesi Autograf di Paradigm Mall untuk pemegang tiket

Peminat juga boleh melihat sesi autograph yang mana acara itu akan diadakan pada hari yang sama dengan konsert iaitu 1 November 2014, Sabtu dari 12tgh hari di Paradigm Mall – Tajaan bersama ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’.

Sesi autograf Running Man akan dibuka kepada public tetapi hanya pemegang tiket VIP (RM729) sahaja yang dapat bertemu dengan bintang  kegemaran mereka secara dekat dan personal, dan juga akan mendapat poster bertanda tangan dari salah satu ahli yang dipilih secara rawak.

 Dengan bangganya ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’ dibawakan oleh ONE HD, dianjurkan oleh Urbanworks Media dari Korea, dengan tajuk ditaja oleh Hotlink, Cream-O, Red Bull Minuman Bertenaga No. 1 di Malaysia dan tajaan bersama Paradigm Mall.

Maklumat berkenaan ‘Running Man Autograph Session at Paradigm Mall’;
Tarikh: 1 November 2014, Sabtu
Masa: 12tgh hari
Lokasi: Paradigm Mall, Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat berkenaan ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’;
Tarikh: 1 November 2014, Saturday
Lokasi: Stadium Negara
Harga Tiket: RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM 299 (CAT 3), RM199 (CAT 4)

Tiket dijual melalui www.ticketcharge.com.my / 03-9222 8111

Untuk maklumat terkini berkanaan ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia ’,  setia bersama ONE HD di Astro Ch 393;  lawati laman sesawang ONE di (www.onetvasia.com/RaceStartMY); atau follow Facebook ONE dan akaun Twitter ONETVASIA.
 
Untuk menyertai keseronokan dan keterujaan acara ini, masukkan hashtag #RaceStartMY.


 

Join kami di: