‘Remember Me’ Lagu Duet Pertama dan Terakhir Dari EunB Bersama HyunMin-A

‘Remember Me’ Lagu Duet Pertama dan Terakhir Dari EunB Bersama HyunMin-A

EunB Bersama HyunMin-A
SEOUL, 15 SEPT: Tiada lagi rahsia. EunB, 22 tahun, ahli kumpulan Ladies Code yang telah meninggal dunia akibat kemalangan yang penuh tragik baru-baru ini. Pemergiannya dan RiSe telah meninggalkan banyak kenangan manis kepada keluarga dan peminat-peminat Ladies Code, termasuklah pasangan duet akustiknya HyunMin-A yang telah merakam lagu bersamanya.

Selain bergerak aktif sebagai ahli kumpulan Ladies Code, mendiang EunB juga telah merakam sebuah lagu duet pada bulan Julai 2013 bersama HyunMin-A, seorang artis dan penghibur dari Malaysia yang kini telah mengorak langkah ke dalam industri K-pop sebagai seorang penyanyi. Perkara ini telah disahkan oleh wakil dari Polaris Entertainment bahawa lagu ini merupakan lagu duet pertama dan terakhir dari EunB yang pernah direkodkan.

Melalui perbualan antara HyunMin-A bersama ibu EunB semasa HyunMin-A hadir di majlis pengebumian EunB baru-baru ini, ibu EunB menyatakan bahawa mendiang EunB sangat gembira kerana terpilih untuk menyanyikan lagu duet bersama HyunMin-A. Tambahnya lagi, semasa EunB bersiap sedia untuk merakamkan lagu ini, EunB sentiasa bersenandungkan lagu ini di rumah dan kelihatannya sangat teruja untuk merakamkan lagu bersam HyunMin-A.

 
Tajuk lagu tersebut adalah “Remember Me” dimana ia sebenarnya dijadualkan pelancarannya pada akhir tahun ini selepas promosi lagu terbaru Ladies Code, “Kiss Kiss” berakhir.
Menurut pihak pengurusan HyunMin-A, Blessync Media, muzik video lagu duet tersebut dirancang akan melibatkan kedua-dua artis tersebut diikuti dengan rancangan realiti TV yang sedang dalam pembikinan dan kedua-dua artis ini sebagai watak utama. Walaubagaimanapun, dengan keadaan dan situasi sekarang , pihak Blessync Media sedang membuat penyusunan semula segala rancangn sebelum ini bagi memberi penghormatan kepada dua orang artis yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragik. Dengan kerjasama Polaris Entertainment, lagu duet “Remember Me” akan dilancarkan dengan konsep “EunB & RiSe Tribute”.
“Betul, ini merupakan lagu duet pertama dan terakhir yang pernah dinyanyikan oleh EunB bersama dengan artis lain. Sekarang, pihak pengurusan EunB masih lagi dalam keadaan sensitif dan berduka. Selepas waktu berkabung tamat dan mereka bersedia untuk membincangkan perkara ini lagi, kami akan memulakan perbincangan mengenai apa yang boleh kami lakukan dengan lagu ini”

“Tapi, sebelum perbincangan secara serius dimulakan, ia akan mengambil masa sebelum sebarang keputusan dibuat. Dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu-satunya cara yang boleh dibuat adalah mendedikasikan lagu ini sebagai memperingati / perhormatan kepada EunB. Untuk lebih jelas lagi, lagu ini akan menjadi lagu penghormatan kepada EunB. Tidak akan ada rakaman bersama artis lain,” kata Blake Shin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blessync Media.

Blake memberi penjelasan dan memberitahu media kepentingan konsep “tribute” ini. “Kami ingin memastikan bahawa kami benar-benar memperingati artis-artis ini dan dedikasi mereka kepada muzik. Misi utama kami untuk “tribute” ini adalah bagi memastikan kedua-dua artis muda ini tidak dilupakan dan sentiasa ada di dalam hati peminat-peminat K-pop seluruh dunia.


HyunMin-A dan mendiang EunB selfie bersama

Bagaimana HyunMin-A, atau sebelum ini dikenali sebagai Ajieb Rosdi dari Malaysia boleh berkolaberasi bersama EunB sebagai rakan duet? Blake Shin menjelaskan bahawa HyunMin-A telah dilatih di M Net Academy. Ladies Code juga sedang menyiapkan album mereka dan mereka juga dilatih di situ. Jadi HyunMin-A dan EunB mengenali antara satu sama lain dan kemudiannya menjadi kawan. Tambah beliau lagi, lagu demo sebenarnya telah diberi kepada setiap ahli kumpulan Ladies Code tetapi pada akhirnya EunB lebih sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut dan juga HyunMin-A

“Memandangkan lagu ini merupakan lagu duet pertama dan terakhir dari EunB, kami merancang dari setiap aspek dan berusaha untuk mengambil dengan tindakan yang terbaik untuk lagu “Remember Me”. 
“Sekali lagi ia merupakan hasrat kami dan kami akan melakukan apa yang terbaik bagi memastikan kenangan manis mengenai artis muda ini akan sentiasa di dalam dihati para peminat..,” jelas Blake Shin.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai “Remember Me” dan maklumat maklumat yang berkaitan, anda boleh follow twitter HyunMinAjieb.

 

Artikel sumber oleh Blessync Media

 Join kami di:
Share on facebook
Share on twitter