Untuk Pertama Kali Topp Dogg Mengadakan Showcase di Malaysia

“TOPP DOGG First Showcase 2014 Live in Kuala Lumpur, Malaysia”

 
 
Tarikh: 7hb Disember 2014,
Masa: 12.30 tengah hari
Lokasi: HGH Convention Center, Kuala Lumpur
  
Salah satu kumpulan idola yang dikeluarkan oleh Stardom Entertainment, Topp Dogg debut dengan lagu “Say It” dari album pertama mereka “Dogg’s Out”. Diikuti dengan lagu “Cigarette” serta lagu popular dengan tarian kipas, “Arario”. Berjaya menarik perhatian ramai peminat K-pop dengan dianggotai seramai 13 orang ahli iaitu Jenissi, P-Goon (Ketua), Seogoong, Gohn, Hojoon, Kidoh, Sangdo, Nakta, Hansol, B-Joo, Xero, A-Tom dan Yano. Kumpulan ini adalah salah satu kumpulan yang mempunyai ahli yang ramai seperti Super Junior. Dikenali dengan persembahan pentas dan rutin menari harian yang hebat, Topp Dogg boleh dikatakan adalah salah satu artis kumpulan idola yang sedang meningkat naik dalam industri muzik Korea sekarang. Bukan calang-calang idola yang hanya menampilkan paras rupa sahaja, mereka juga tidak kurang hebat dari segi vokal dan rap. Rapper dari kumpulan ini juga pernah terlibat dalam muzik rap underground dan juga pernah bekerjasama dengan rapper terkenal dari kumpulan idola lain seperti Rap Monster (BTS). Kidoh salah satu ahli yang sudah cukup berbakat dengan menulis dan mencipta lagu sendiri. Ini dapat dibuktikan apabila dia turut mengambil bahagian dalam mengeluarkan album solonya yang bertajuk “Small Album” pada September 2014 yang lalu.
 
Jazzy Group dengan bangganya membawakan anda showcase Korean Pop di Malaysia! “TOPP DOGG First Showcase 2014 Live in Kuala Lumpur, Malaysia 2014” akan diadakan di HGH Convention Center, Kuala Lumpur pada 7hb Disember 2014!
 
Selepas mereka berjaya dengan showcase mereka baru-baru ini di Korea Selatan, showcase yang bakal diadakan di sini adalah kali pertama Topp Dogg akan berada di Malaysia. 200 peminat bertuah pertama yang membeli tiket Zon VIP juga dapat menghadiri sesi autograf secara eksklusif bersama mereka! Ini adalah acara yang tidak seharusnya dilepaskan oleh ToppKlass. Peluang hanya sekali. Jadi, apa tunggu lagi!
 
Harga tiket adalah seperti berikut :  
 
Pelan Tempat Duduk (Seating Plan)
  • RM280 VIP (200 pembeli tiket yang pertama/terawal layak untuk menghadiri sesi autograf ekslusif bersama Topp Dogg. Tiket hanya boleh didapati di pejabat Jazzy Group) 
  • RM180 Zone A 
  • RM100 Zone B
*Semua harga tiket tertakluk kepada caj tambahan RM3 untuk yuran pemprosesan.
 
Tiket akan mula dijual pada 13hb Oktober 2014, 10.00 pagi. Tiket juga boleh didapati di laman sesawang TicketCharge.
 
Untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini mengenai “Topp Dogg’s Malaysian showcase”, lawati laman sosial rasmi Jazzy Group di Facebook, Twitter dan Weibo.
 
 Join kami di: