10 Oktober 2014 – Setelah dunia K-Pop dikejutkan dengan berita berkenaan Jessica yang dikeluarkan dari kumpulan SNSD, kini ahli yang agak besar namanya dalam EXO, Luhan pula ingin menarik diri dari EXO dan agensinya SM Entertainment.
Selepas Kris, kini Luhan pula meninggalkan ahli EXO. Kini EXO-M hanya tinggal 4 orang ahli sahaja.
Hari ni kecoh di laman sosial dan carian di Korea Selatan berkenaan isu Luhan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap SM Entertainment. Menurut Mahkamah Korea Selatan Tengah, Luhan telah memfailkan saman terhadap SM Entertainment hari ini pada pukul 9.00 pagi tadi. Kes ini juga dikatakan kes yang sama seperti kes Kris memfailkan saman terhadap SM Entertainment dahulu. Seperti dejavu dengan isu Kris dahulu, Luhan dikatakan mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu mengikuti jadual aktiviti EXO yang ketat. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara baik dengan pihak SM Entertainment.
Kris juga pernah memfailkan saman kepada SM Entertainment sebelum ini
Pada bulan lepas, kecoh dengan khabar angin yang menyatakan Luhan mungkin keluar dari EXO kerana dia tidak kembali ke Korea Selatan bersama-sama ahli EXO yang lain. Namun, khabar angin itu menjadi tenang setelah ahli kumpulannya yang juga berasal dari China, Lay Yixing mengirim status di akaun weibonya yang menyatakan Luhan hanya berehat di Beijing.
Lay Yixing
Tetapi lain ceritanya hari ini, apabila Lay sekali lagi mengirim status yang menyatakan dia menerima keputusan Luhan dengan baik. Pos Lay berbunyi
“Kawan, selamat tinggal. Jika ada peluang kita akan buat persembahan bersama lagi! Sebagai kawan, saya menyokong segala keputusan yang awak buat. Semoga diberkati.”
-Terjemahan dari Bahasa Inggeris oleh Stacey_122 @ sment_exo
Status akaun Weibo Lay 10 Oktober 2014
Terjemahan dari Bahasa Mandarin kepada Bahasa Inggeris oleh Stacey_122 @ sment_exo
Dengan kata-kata itu cukup membuktikan, ahli-ahli EXO sudah mengetahui tentang niat Luhan untuk keluar dari SM Entertainment sebelum ini. Disebabkan ini jugalah peminat-peminat memberi reaksi dan bertelagah pendapat menyatakan perbezaan cara Kris dan Luhan keluar dari agensi. Ada menyatakan Lay tidak menyokong Kris seperti dia menyokong Luhan. Ada yang menyatakan Kris memfailkan saman tanpa perbincangan dengan ahli EXO yang lain, jadi dia seolah-olah mengkhianati EXO. Berlainan pula dengan Luhan yang sepertinya telah memberitahu kesemua ahli EXO berkenaan niatnya itu. Ini dapat dilihat pada persembahan terakhir Luhan bersama EXO di Beijing baru-baru ini. Pelbagai pendapat dan pandangan dan reaksi peminat yang dapat dilihat di laman sosial. Walau apapun sebarang keputusannya, dengan pakej yang ada pada Luhan, admin pasti dia akan berjaya di China sebagai selebriti dan peminat EXO sudah pasti tetap akan menyokong EXO dan Luhan.
Berkenaan isu kesihatan juga, admin berharap semoga Luhan dapat berehat dengan secukupnya. Bukan sahaja Luhan, malah kesemua ahli EXO dan idola-idola K-pop yang lain. Jangan terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Siapa tak sayang badan hoi!
EXO stan!! Hwaiting!! EXO stan himnae!!
Sumber: Osen
Join kami di: