EvoL atau sebutan yang sebenarnya ‘Evil’ terdiri daripada gadis-gadis yang sangat cantik rias wajah mereka. Mereka terdiri daripada 5 orang ahli yang besar bakatnya. Diketuai oleh Say atau nama sebenarnya Kwon Sohee yang berumur 21 tahun. Yull dan Hayana bertanggungjawab sebagai tenaga suara yang terpenting. Manakala Jucy dan J-Da adalah gadis hebat dalam bidang rap.
Kumpulan yang bertemakan hip-hop dan RnB didalam muzik mereka ini bukannya baru di dalam industri muzik Korea, bahkan mereka pernah dikatogerikan “copy-cat” kumpulan 2NE1 pada saat awal mereka bergelar artis. Mereka sebelum ini pernah menjejakkan kaki mereka di sini pada tahun yang lalu bersama bekas artis bawah naungan Stardom iaitu Block B bersempena konsert K-Pop STORM dimana ianya gagal dilangsungkan.
Hayana telah memberikan 3 ‘posed’ dan gaya untuk bergambar khas untuk para media. Lain pula buat Jucy, beliau telah ber’freestyle’ manakala ahli ketua Say dengan bangganya menyanyikan Arirang/trot yang memukau para media. Sebagai maknae atau ahli termuda, J-Da telahpun bermanja sesama sidang media dijalankan dimana dia telah menunjukkan beberapa gaya yang sangat comel. Hayana juga sempat menyatakan bahawa mereka belum sempat dapat merasa masakan dan makanan di Malaysia pada hari pertama mereka menjejakkan kaki di Malaysia pada Rabu yang lepas.
Selain datang ke Malaysia bersempena showcase pertama mereka, EvoL juga antara barisan artis yg telah melancarkan pusat membeli belah di Klang Parade. Mereka telah mempersembahkan 5 buah lagu dari koleksi lagu-lagu mereka seperti I’m Sorry, We’re A Bit Different, 1.2.3.4.5, Get Out dan Magnet. Mereka juga telah menjemput para peminat yang bertuah yang dipilih oleh mereka sendiri ke pentas untuk ‘game seasion’ . Setelah selesai penat membuat persembahan, acara mereka diakhiri dengan sesi bergambar bersama peminat dan ‘fansign’ pada hari tersebut.
Hari keesokkanya pula, EvoL telah berjaya menggegarkan rakyat di negeri bersejarah, iaitu Melaka. Showcase yang telah berlangsung di Mahkota Parade itu menjadi destinasi akhir buat mereka sebelum mereka ke sesi parti bersama peminat di Hotel USJ. Mereka telah mempersembahkan lagu-lagu dan lakukan aktiviti yang sama seperti sewaktu mereka di Ipoh dan Klang.
Malam terakhir EvoL di Malaysia, mereka menghadiri ‘Celebration Party’ dimana EvoL dan Vollers berpeluang menonton video yang dibuat sendiri oleh peminat EvoL. Ada beberapa ketika, Jucy dan Yul mengalirkan air mata kerana terharu dengan video peminat itu. Selain dari menonton video, peminat juga berpeluang memberi soalan pada sesi soal jawab. Soalan seperti tempat-tempat yang mereka lawati di Malaysia, EvoL sempat melawat Dataran Merdeka, pasar malam dan KLCC. Mereka juga sempat menceritakan betapa mereka gembira mendapat buah jambu percuma. Mereka menggelarkan penjual jambu itu adalah ‘Jambu Ahjusshi‘.
Jucy pos gambar mereka semasa melawat Menara Berkembar Petronas
Acara menyerahkan hadiah juga berjalan dengan sangat mengharukan. Peminat diberi peluang untuk menyerahkan sendiri hadiah-hadiah mereka kepada EvoL dan juga mengambil gambar bersama. Tidak cukup lagi, mereka juga diberi peluang untuk memberi ucapan dan kata-kata kepada EvoL. Keadaan semasa EvoL cuba mendengar ucapan dari Vollers bertukar menjadi suasana yang sangat mengharukan. Beberapa peminat seolah-olah tidak terkeluar kata-kata dari mulut mereka, tetapi air mata secara tiba-tiba berlinangan. Setelah tenang semula, peminat itu menyatakan dia amat gembira dengan kehadiran EvoL ke Malaysia dan berharap mereka akan dapat melihat EvoL membuat konsert di Malaysia nanti. Disebabkan beberapa peminat yang begitu tersentuh dan terharu dengan EvoL, ahli-ahli EvoL juga turut mengalirkan air mata. Seolah-seolah EvoL dan Vollers bersatu dan memahami perasaan masing-masing. EvoL sebagai penyanyi idola yang bekerja keras untuk menempa nama dalam industri ini, begitu juga peminat-peminat mereka yang sungguh setia sejak debut mereka lagi Menanti untuk bertemu mereka dengan penuh kesabaran dan malam terakhir di ‘Celebration Party’ telah menyebabkan perasaan mereka itu diluahkan.
Kesemua gambar sepanjang aktiviti bersama EvoL telah dimuat turun di album Facebook kami. Terima kasih kepada New Pro Star kerada sudi menjemput kami untuk acara ini.
Join kami di: