OSIM uDiva x Lee Min Ho Fan Meet & Greet
10 hari lagi!!! Pelakon kacak Lee Min Ho akan bertemu peminat Malaysia pada 28hb SEPT 2014 ini sebagai duta barangan OSIM uDiva. Peminat Kim Tan / Goo JunPyo bersediakah korang??
OSIM, pemimpin global dalam produk kehidupan sihat akan menganjurkan sesi bertemu peminat secara tertutup bersama Lee Min-ho pada 28 September 2014, dimana peminat bertuah akan dapat bertemu dan berinteraksi dengan superstar Korea ini dengan lebih dekat lagi di atas pentas. Lee Min-Ho ppopular dengan watak berkesannya sebagai Goo JunPyo dalam drama hit pada masa dulu ‘Boys Over Flower’ dan juga drama yang banyak memenangi anugerah tahun ini ‘The Inheritance / Heirs’. Selain itu, drama-drama seperti City Hunter, Faith dan Personal Taste juga menaikkan nama Lee Min-Ho sebagai pelakon yang bukan sahaja bergantung kepada rupa, tetapi juga bakat lakonannya.
Peminat Lee Min-ho (MINOZ) berpeluang untuk menghadiri acara ini dengan menyertai pertandingan Fans ‘OSIM uDiva Love Confessions’. Untuk informasi lebih lanjut bagaimana cara untuk menyertai dan memenangii pertandingan ini, sila ke cawangan OSIM atau lawati OSIM Malaysia Facebook Page.
Di sini kami poskan anda bagaimana caranya untuk menang tiket.
Post by OSIM Malaysia.
3 Langkah Mudah untuk memenangi tiket Lee Min Ho Meet & Greet
1. Ambil gambar bersama Lee Min-ho di kedai Osim atau roadshow.
2. Muat naik gambar anda di OSIM uDiva Minoz Moment Challenge app.
3. Beritahu apa yang anda ingin lakukan bersama Lee Min-ho di atas pentas.
Gambar dan jawapan paling kreatif akan menang!
Fighting!! Semoga Berjaya!!Join kami di: