Tanggal 17hb Julai 2014 pada pukul 11.30 tengah malam, di kala penduduk Malaysia mahu mula melelapkan mata, kita dikejutkan dengan berita pesawat MH17 dari Malaysia Airlines (MAS) telah terhempas di kawasan berhampiran sempadan Ukraine. Pesawat MH17 dikatakan dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Pesawat itu telah ditembak dari jarak sejauh 10 kilometer di langit lalu jatuh dan terhempas di kawasan perkampungan ladang gandum. Masih belum ketahui dengan kehilangan pesawat MH370 pada Mac yang lalu, Malaysia sekali lagi menerima berita yang mengejutkan ini dan secara tak langsung kita menjadi tumpuan seluruh dunia.
Berita ini turut diketahui beberapa selebriti Korea Selatan. Mereka menunjukkan keprihatinan mereka dengan mengepos status di laman sosial mereka. Ahli terkuat program TV popular
Running Man iaitu
Sparta Kim Jongkook mengepos foto di akaun
Instagramnya. Manakala
Brian Joo dari
Fly To The Sky menunjukkan dia begitu tekejut dengan berita itu sewaktu mahu masuk tidur.
Brian Joo dan
Kim JongKook pernah membuat perkara yang sama ketika kes
MH370. Kali ini sekali lagi mereka menunjukkan betapa mereka turut mengambil berat dengan kejadian yang menimpa Malaysia. Baiknya mereka berdua ni.
Nickhun dari
2PM pula menyatakan takziah kepada keluarga mangsa. Penyanyi berbakat
Eric Nam yang juga hos rancangan
After School Club (ASC) di
Arirang TV trending #PrayForMH17 di laman
Twitternya. Begitu juga bekas ahli kumpulan idola wanita
NINE MUSES, Sera turut
tweet “Pray for MH17” walaupun kejadian nahas MH17 telah berlaku 4 hari yang lalu.
“Takziah diucapkan kepada keluarga dan orang yang tersayang untuk penumpang dan kru pesawat MH17.”
– Kim JongKook –
“Saya baru nak tidur & terbaca mengenai satu lagi pesawat Malaysia Airlines terhempas dengan 295 orang di atas kapal 🙁 OMG!”
– Brian Joo (Fly To The Sky)
About to sleep & just read about another Malaysian Airlines plane crash with 295 people aboard:( OMG!
— Brian Joo • 브라이언 (@Brianjoomuzik) July 17, 2014
“Semoga semua penumpang dan kru Malaysia Airlines MH17 bersemadi dengan aman di sana serta takziah diucapkan kepada kaum keluarga dan orang yang mereka sayangi”
– Nickhun (2PM)
Rest in peace all of the passengers and crew members on Malaysia Airlines MH17 and my condolences to all of the family and loved ones.
— นิชคุณ Buck หรเวชกุล (@Khunnie0624) July 18, 2014
“#BerdoaUntukMH17”
– Eric Nam
#prayformh17
— 에릭남 (Eric Nam) (@ericnamofficial) July 17, 2014
“Saya berdoa untuk MH17”
– Sera (Bekas ahli Nine Muses)
I pray for MH17
— 류세라 (@ryusera103) July 21, 2014
Jika mereka turut merasa sedih dengan kejadian ini, apetah lagi keluarga mangsa dan orang yang mereka sayangi. Marilah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah (pada yang Islam) kepada mereka yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kami berharap pihak yang terlibat dalam kes ini dapat menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang siasatan dilakukan. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia akan sentiasa menyokong mereka dari belakang, depan, kanan, kiri, atas, bawah dan seluruh penjuru yang boleh demi menunjukan sokongan kita. Hwaiting Malaysia!
Ikuti kami di: