Running Man Akan Mengadakan Promosi Jelajah di Malaysia November Ini


Tahun lepas, keinginan peminat Running Man untuk bertemu ahli-ahli program TV popular Korea Selatan ini tidak dapat dilunaskan disebabkan status penganjur yang tidak diketahui. Namun November tahun ini, ONE HD akan membawakan ahli-ahli Running Man bakal bertemu peminat bukan sahaja di Malaysia, malah peminat di Singapura juga dapat merasai peluang keemasan ini. Keterangan lanjut akan diumumkan tidak lama lagi. 

Running Man merupakan rancangan hiburan kegemaran ramai dan terdiri daripada Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Haha, Gary dan Ji Suk Jin. Pengacara terkenal Korea iaitu Yoo Jae Suk menjadi pengacara untuk program ini.

Hampir semua pernah datang ke Malaysia dalam sesi promosi album dan sesi bertemu peminat tetapi mereka tidak pernah lagi hadir di bawah program Running Man untuk promosi di Malaysia.

Sementara menanti kedatangan bulan November, kami kongsikan gambar-gambar ketika Running Man bertemu peminat di Singapura pada tahun lalu.

Untuk perkembangan terkini ‘Race Start! Season 2 in Singapore & Malaysia‘ sempena Running Man Fan Meeting Asia Tour 2014, pastikan anda menonton ONE HD di Astro Beyond Saluran 393; lawati laman web ONE; atau ikuti ONE HD di laman Facebook dan twitter.

Episod baru Running Man disiarkan setiap hari Jumaat pada pukul 11.45 malam pertama dan esklusif di ONE HD. Siaran ulangan akan disiarkan pada hari Jumaat seterusnya pada 7.40 malam dan begitu juga pada setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 11.15 malam.
 Join kami di:
Share on facebook
Share on twitter