Dari kiri : Jay, HyunMin, Jeremy (hos), InJun, Mika dan Karam (duduk)
Lagi beberapa hari sahaja umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak iaitu bulan puasa. Malaysia sebagai negara Islam juga tidak terlepas untuk menyambut hari yang mulia itu. Menjadi kebiasaan menjelang Hari Raya Puasa, pakaian tradisional dipakai untuk memeriahkan lagi perayaan tersebut. Bukan setakat bangsa Melayu, malah bangsa-bangsa lain di Malaysia juga turut memakai pakaian tersebut. Itulah keistimewaan negara kita kan? Kita ada 1Malaysia.
Dari kiri : InJun, Jay, Mika, HyunMin dan Karam
Kedatangan The Boss atau DaeGukNamA (대국남아) ke Malaysia baru-baru ini untuk showcase meraka secara tidak langsung memberi peluang untuk mereka mencuba pakaian tradisional Melayu kita. Kalau dulu, kita sudah tengok pelakon Kim Jin Sung (Autumn Di Hatiku) seorang sahaja, tapi kali ini kita boleh tengok bukan seorang, tapi lima orang pemuda kacak dari Korea Selatan~!! Terima kasih kepada 8TVNiteLive dan Jeremy (Hos) kerana mendedahkan gambar kelima-lima ahli The Boss dengan baju Melayu yang lengkap. Bonus! pengacara atau DJ kacak Jeremy pun pakai baju Melayu tau. So lengchai maa~
InJun dan Karam nampaknya selesa dengan songkok di atas kepala. Tengok gambar di atas ni, tarian apa agaknya yang mereka cuba tunjukkan ya? Zapin ke? Inang ke? Jangan tak tahu, HyunMin (vocal utama) suka sungguh mengulang bahagian chorus lagu popular Allahyarham Sudirman iaitu ‘Balik Kampung’. Kenapa? Tak percaya? Kalau tak percaya, boleh tonton ‘8TV Nite Live’ episod 22 di http://www.tonton.com.my/. Banyak cerita menarik yang dikongsikan oleh ahli-ahli The Boss dalam episod itu. Mika dengan aegyo malu-malu, Karam cerita tentang aktiviti The Boss jika mereka keluar bersama, InJun beat-boxing, Makanan Malaysia yang mereka gemari dan macam-macam lagi.
Nantikan penulisan kami berkenaan ‘The Boss Showcase in Malaysia’ dari Seremban ke Melaka sampailah ke destinasi terakhir iaitu Kuala Lumpur. Sebelum itu, bolehlah tengok-tengok atau belek-belek dulu gambar-gambar The Boss di facebook kami untuk tatapan jika masih ada yang merindui mereka.
Sumber : Jeremy & 8TV Nite Live instagram
Ikuti kami di: