Pernahkah anda mengalami percintaan yang sangat mendalam?
Mari mengenang kembali perasaan itu dengan drama ‘Madly In Love’ yang sedang ditayangkan di ONE HD pada bulan Jun ini! Madly In Love adalah sebuah drama menyayat hati yang mengisahkan dua pasangan bercinta yang ditakdirkan menghadapi halangan disebabkan konflik dari generasi ibu bapa mereka. Menjangkakan drama ini akan menyentuh hati penonton dan kisah romantis ini pastinya membuatkan semua penonton akan jatuh cinta dengan ‘Madly In Love’ di ONE HD.
Drama 47 episod ini telah memenangi ‘New Star Award’ di SBS Drama Award 2011 dari pelakon Sung Hoon (Great Doctor) sebagai Kang Moo Yeol. Sung Hoon memegang watak sebagai pewaris syarikat tenusu ketiga yang mempunyai semuanya sehinggalah orang yang dicintainya (Han Yoo Rim) meninggal dunia.
Untuk dijadikan cerita, Moo Yeol jatuh cinta dengan adik kepada mendiang kekasihnya bernama Han Yoo Jung yang juga seorang tomboy. Mereka sedari yang Han Yoo Jung juga mempunya kaitan yang sangat mendalam selepas kehilangan Han Yoo Rim. Lebih merumitkan lagi, adik lelaki Moo Yeol, Hong Soo Hyuk yang dilakonkan oleh Shim Ji Ho (Frozen Flower) juga jatuh cinta dengan Han Yoo Jung.
Pelakon veteran Jung Kwang Ryul (Warrior Baek Dong Soo) yang telah memenangi ‘2013 SBS Drama Award’s Top Excellence Award’ memegang peranan sebagai ayah kepada Moo Yeol dan seorang ahli perniagaan yang tidak bertanggung jawab.
Bagi peminat kumpulan idola K-Pop, drama ini juga menampilkan ahli termuda kumpulan idola wanita popular iaitu SeoHyun dari Girls Generation. Jangan lupa tontoni drama Korea ini, tayangan perdana Madly In Love pada 18 Jun 2014 dan setiap hari Isnin hingga Khamis pada 7.40petang eksklusif hanya di ONE HD (Astro B.Yond Ch393).
Sumber : Root Asia Pacific (Malaysia)