Tiada Lagi Petikan Ayat Al-Quran Dalam Lagu Kontroversi CL ‘MTBD’

Pada bulan Mac yang lalu, kami ada menulis artikel berkaitan isu bacaan Al-Quran yang diselitkan di dalam lagu solo CL untuk album 2NE1 ‘CRUSH‘. Isu ini mendapat reaksi yang sangat prihatin dari peminat seluruh dunia lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Seminggu setelah isu itu berlalu, suara peminat-peminat ini juga didengari oleh ramai pihak yang prihatin. Petisyen dari peminat Islam dari United Kingdom telah mendapat lebih dari 2,000 tanda tangan bagi menunjukkan tentangan mereka terhadap CL, Teddy dan YG.

Salah satu pihak yang turut bersuara mengenai isu ini adalah Persekutuan Umat Islam Korea (Korea Muslim Federation) dimana mereka juga bertindak meminta YG Ent. untuk menarik balik petikan suara bacaan Al-Quran itu dari lagu CL. Berikutan dengan reaksi dari pihak KMF sendiri, YGE nampaknya bertindak serta merta dengan meng’edit’ semula video persembahan CL di Konsert 2NE1 “All Or Nothing”. Video asal telah dibuang dan pihak YG telah memuat naik video yang sama tetapi tiada suara bacaan tersebut.

Yang masih menjadi tanda tanya, pihak YG, CL dan Teddy masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa pernyataan berkenaan isu ini. Sebaliknya mereka bertindak terus demi menghormati peminat dan agama Islam. Itu adalah sebaiknya dari tidak melakukan apa-apa. Syabas YG!

Lagi satu isu yang kontroversi adalah berkenaan isu ‘hak cipta’ dimana Teddy menggunakan suara Qari Muhammad Thaha Al-Junayd sebagai muzik latar. Bagaimanakah Teddy sebagai komposer muzik terkenal yang berjaya menaikkan nama-nama besar seperti Bigbang, 2NE1 & 1TYME boleh menggunakan petikan suara itu tanpa kebenaran dari pemilik suara itu sendiri? Walaupun pada mulanya Teddy dan CL dikatakan hanya ingin memberi kejutan kepada peminat dari Timur Tengah, namun mereka tersilap langkah dengan menggunakan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu dari mana sumber dan maksudnya. Terus ianya mengundang kemarahan peminat-peminat yang beragama Islam.

Sejak isu MKMF 2010 dan Idol Army MBLAQ, industri hiburan di Korea Selatan masih tidak mengambil pengajaran mengenai sumber ‘lagu Arab’ yang mereka sangkakan hanya sebuah seni muzik. Diharap selepas dari isu ini, pihak produksi mereka tidak akan mengulangi perkara yang sama di masa akan datang.

Dengan tindakan pantas YG ini, sudah pasti ianya tidak akan menjadi isu di konsert ‘All Or Nothing’ 2NE1 World Tour yang bakal diadakan pada 24 May 2014 ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang kerana anda masih lagi sempat untuk membeli tiket konsert melalui TicketCharge.  

Sumber : 1 2

Turuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter