B.A.P. Menyerang Kota Singa Lagi

Best. Absolute. Perfect. atau lebih dikenali dengan nama B.A.P. bakal menyerang Temasik lagi. Belum pun genap setahun B.A.P. telah mengadakan konsert solo mereka di Singapura pada Ogos 2013 tahun lalu, kini mereka menyerang lagi kota singa itu pada hujung Mei ini. Konsert yang dinamakan “B.A.P. Live On Earth 2014” ini berkonsepkan makhluk asing yang datang dari planet Matoki yang ingin menguasai makhluk bumi dengan berbekalkan suara yang lunak merdu, rap yang mengagumkan, gerak tari yang bertenaga serta kelainan dalam muzik mereka.
 
 
Keenam-enam wakil kerajaan Matoki yang terdiri daripada ketua mereka Shishimato (Bang Yong Guk), Tatsmato (Kim Him Chan), Kekemato (Jung Dae hyun), Jokomato (Yoo Young Jae), Dadamato (Moon Jong Up) dan Totomato (Zelo) bersedia untuk mendarat di Singapura. Lagu-lagu popular mereka seperti Warrior, One Shot, Power, No Mercy, Badman tidak asing lagi pada peminat-peminat B.A.P. yang digelar ‘Baby’. Kemunculan kembali B.A.P. dengan lagu terbaru mereka yang bertajuk Angel (1004) telah meraih tempat pertama dalam beberapa carta program muzik terkenal di Korea Selatan. Dengan munculnya album terbaru mereka ‘First Sensibility’, sudah pasti ‘BABY‘ yang bakal hadir ke konsert tidak sabar lagi menyaksikan persembahan mereka secara langsung. Ehem! Ehem! Konsert ini dijangka berdurasi selama 2 jam. Wah, mesti puas hati.

Setelah berjaya menganjurkan konsert B.A.P. tahun lalu, tahun ini Fast Track Event sekali lagi tidak melepaskan peluang mereka setelah TS Ent. mengumumkan B.A.P. akan mengadakan konsert jelajah dunia ‘Live On Earth 2014’. Harga Tiket terdiri dari zon Cat 1 ($248), Cat 2 ($228), Cat 3 ($198), Cat 4 ($178), Cat 6 ($178). Harga tiket adalah dalam mata wang SGD dan tidak termasuk cas admin. Zon termahal iaitu CAT 1  telah pun habis dijual. Jadi, pada sesiapa yang masih belum lagi mendapatkan tiket untuk konsert ini. Bolehlah membeli secara online di SINI. Masih ada beberapa tiket untuk Zon CAT 2 dan seterusnya untuk direbut. Cepat-cepat! Nanti tak dapat menyesal.

Jadual B.A.P. semasa di Singapura seperti berikut:

 
 
SESI HI-5 & AUTOGRAF
Tarikh: 30th May 2014
Masa: 7.30pm
Lokasi: Fountain Square, City Square Mall
 
 
PERSEMBAHAN KONSERT
Tarikh: 31 MEI 2014
Masa: 7.00 PTG
Lokasi: The Star Theatre, The Star Performing Arts Centre

Sumber: Fast Track Event 
 
Ikuti kami di: