Konsert Twin Tower @Live 2014 Menampilkan Rain Dibatalkan


rain, twin towers @live, 2014, craig david, petronas

Malaysia telah dikejutkan dengan tragedi kapal terbang MH370 milik Penerbangan Malaysia yang telah hilang di Lautan Hindi. Kebanyakan aktiviti yang berbentuk hiburan di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini telah dibatalkan atau ditangguhkan
Tidak ketinggalan juga konsert percuma Twin Tower @Live 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Mac ini. Melalui pengumuman yang dibuat melalui laman Facebook Twin Towers Alive; PETRONAS selaku penaja telah mengambil keputusan untuk membatalkan konsert ini bagi menghormati keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370.
Penyanyi Rain antara penghibur yang akan membuat persembahan pada malam kedua. Kami memang menantikan untuk menyaksi persembahan Rain hujung minggu ini tapi kami memahami situasi yang berlaku sekarang. Mungkin tiada rezeki kami untuk menyaksikan Rain beraksi dan sekurang-kurangnya Rain boleh berehat untuk sehari dengan jadual dia yang padat itu.
Bagi peminat dari luar negara yang telah menempah tiket penerbangan dan hotel, jangan batalkan. Anda boleh datang bercuti di Kuala Lumpur.
Sementara itu penyanyi British, Craig David antara penghibur yang dijadualkan untuk membuat persembahan telah meninggalkan pesanan di twitter.
My heart goes out2 the crew & passengers of flight #MH370 This has been a horrific ordeal 4 the families 2deal with.My prayers are with U

— Craig David (@CraigDavid) March 25, 2014

Sama-sama kita terus berdoa untuk penumpang dan anak kapal MH370. Al-Fatihah.

Turuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter