“Cheo-Yong : Paranormal Detective” ialah drama siri penyiasatan fantasi terbaru di KIX HD (Saluran Astro 729) yang mengisahkan tentang seorang detektif yang berinteraksi dengan orang mati untuk menyelesaikan misteri kematian mereka.
Siapa yang percaya kepada hantu pada masa kini? Banyak kisah di luar sana seperti fiksyen tetapi mungkin benar. Kisah seorang pelajar perempuan yang muncul di tengah malam, roh yang membuatkan pencuri mengaku kesalahanya dan seorang budak lelaki yang terselamat dari kebakaran disebabkan oleh amaran yang diberikan oleh ibunya yang telah meninggal dunia, ini hanya beberapa contoh sahaja.
Tetapi bagaimana jika semua kisah ini benar? Bagaimana jika terdapat saksi yang nampak pelajar perempuan, roh dan ibu yang telah meninggal dunia? Pakar menyatakan hantu atau roh akan menyebabkan kekecohan apabila mereka ingin berkomunikasi dengan mereka yang masih hidup. Nasib baik ada Detektif Cheo-Yong yang mempunyai keupayaan untuk melihat, mendengar dan menyentuh mereka yang telah tiada. Dia menggunakan keupayaan ini untuk menolong mencari pembunuh kepada mereka yang berinteraksi dengan dia. Sebaik sahaja kes ini selesai, si mati dapat meninggalkan dunia dengan tenang.
Pelakon tampan Oh Ji Ho membawa utama Yoon Cheo Yong yang boleh melihat hantu sejak lahir. Merupakan penyiasat handalan di unit jenayah kejam, tapi apabila kehilangan keluarga dan rakan sekerja dalam kemalangan tragik pada tujuh tahun lalu menyebabkan dia keluar dari unit tersebut. Sekarang dia bekerja sebagai polis daerah, tetapi tanpa minat dan kehendak untuk berhubung dengan orang lain; dahagakan kasih sayang; dia kesunyian. Pada suatu hari, tanpa sengaja dia membalas percakapan hantu pelajar perempuan dan ini menyebabkan perkara menjadi rumit.
Pelakon lain yang turut berlakon dalam drama ini ialah Jun Hyo Seong dari kumpulan SECRET yang pertama kali berlakon. Dia membawakan watak Han Na Young yang terkejut mendapati diri berada di balai polis dan telah mati. Oh Ji Eun pula membawakan watak sebagai Ha Sun Woo, seorang pegawai polis yang bekerja di samping Cheo Yong. Dia seorang yang dingin dan merupakan aset kepada pasukannya.
Jangan lupa untuk menyaksikan drama Cheo Yong: The Paranormal Detective yang akan disiarkan buat pertama kali dan esklusif di KIX HD (Saluran Astro 729) pada Khamis, 20 Mac, 10 malam.
Turuti kami di: