Tinggal seminggu lagi sebelum G-Dragon, Taeyang dan Seungri akan bertemu peminat di Malaysia. Sudahkah anda mendapatkan tiket untuk menyaksikan mereka dalam acara bertemu peminat “Thinking of You” yang pertama kali diadakan ini?
Kami ada berita buruk untuk anda. Jika anda masih belum mendapatkan tiket, pasti anda akan menyesal kerana tiket-tiket yang berharga RM500 dan RM200 telah habis dijual. Tapi jangan bimbang kerana masih ada lagi tiket-tiket VVIP yang berharga RM750, RM550 dan RM400 untuk didapati. Jangan terlambat nanti habis pula.
Mari lihat video mesej dari G-Dragon, Taeyang dan Seungri buat peminat. Oh, GD janganlah tunjuk aksi yang ketara membaca skrip.
Post by IME Productions.
Walaupun mereka ni sibuk dengan aktiviti solo tapi masih sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan peminat kesayangan mereka di sini. Selain dari persembahan solo, mereka juga akan turut menyampaikan lagu BIGBANG secara berkumpulan tanpa TOP dan Daesung. Sebanyak 15 lagu akan dipersembahkan oleh mereka dalam acara yang dijadualkan berlangsung selama 2 jam ini pada 16 Mac 2014 (Ahad), 6 petang di Sunway Surf Beach.
Tiket boleh dibeli melalui laman TicketCharge atau hubungi hotline 03- 92228811. Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook rasmi IME Productions.
Turuti kami di: