Berita baik buat Blackjack dan peminat Kpop, tarikh untuk konsert 2NE1 telah ditukar dari 23 Mei 2014 (Jumaat) kepada 24 Mei 2014 (Sabtu). Ini akan memudahkan lagi peminat untuk merancang menyaksikan konsert ini.
Sementara itu, IME Productions selaku promoter untuk konsert 2NE1 2014 WORLD TOUR “ALL OR NOTHING” IN MALAYSIA telah mengumumkan harga tiket, pelan duduk dan juga tarikh jualan tiket.
Harga tiket untuk adalah seperti berikut:
• VVIP RM599 (Tempat duduk bernombor)
• Rock Zone RM499 (Berdiri Bebas)
• RM399 (Tempat duduk bernombor)
• RM199 (Duduk Bebas)
Tiket akan mula dijual pada 9 Mac (Ahad) ini di Sungei Wang Plaza di Concourse dari 11:00 pagi hingga 3:00 petang. Buat pembeli tiket 200 yang pertama, mereka akan diberi produk alat solek dari Clio. Bukan itu sahaja, malah 500 pembeli tiket yang pertama pula akan dihadiahkan hadiah poster esklusif bersaiz mega.
Jualan tiket atas talian akan bermula pada 9 Mac pada 3 petang melalui TicketCharge www.ticketcharge.com.my sementara pembelian melalui telefon akan bermula pada keesokan harinya 10 Mac, 10 pagi dan hubungi (603) 92228811.
Selain itu, peminat dan Blackjack juga boleh mendapatkan tiket di kedai muzik terpilih seperti Rock Corner, Victoria music center, Neway Karaoke dan Celcom blue cube.
Post by IME Productions.
Tak sabar rasanya untuk kami melihat kembali aksi dan persembahan mereka secara langsung disini! Moga-moga konsert ini akan berjaya sepertimana yang dirancang dan kami berharap pisang tidak berbuah dua kali tahun ini.
Turuti kami di: