Pratonton Video Untuk ‘The Laws of the Jungle’ edisi Borneo Menampilkan Onew SHINee dan Dongjun ZE:A

law of the jungle, sabah, onew, dongjun, malaysia

Saluran SBS telah mengeluarkan video pratonton untuk episod ‘The Laws of The Jungle‘ di Borneo. Ia akan disiarkan pada hari Jumaat, pukul 10 malam waktu Korea.
Mereka memilih Borneo untuk meraikan episod 100 rancangan ini. Ahli-ahli terdiri daripada Kim Byung Man, Im Won Hee, Bong Tae Gyu, Hwang Hyun Hee, Lee Young Ah, Seo Ha Joon, Onew (Shinee) dan Dong-jun (ZE:A)
Selain itu program ini juga telah menjemput Hwang Kwang-hee (ZE:A), Choo Sung-hoon, Jeon Hye-bin, Oh Jong-hyuk sebagai tetamu khas. Mereka dipilih kerana pernah tampil dalam episod sebelum ini dan penyertaan mereka memberi kesan buat penonton.

Penggambaran telah dilakukan pada bulan Januari yang lalu dan para peminat serta orang tempatan yang terlibat dalam menjayakan program ini telah berkongsi gambar artis-artis ini di laman sosial untuk tatapan semua.
Dalam video pratonton ini, mereka berada di tepi pantai dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Mungkin ada cabaran yang bakal ditempuhi.

dongjun, ze:a, sabah, malaysia, law of the jungle
ze:a, kwang hee, cho sung hoon, jeon hye bin, law of the jungle, malaysia, sabah
onew, shinee, malaysia, bong tae gyu, borneo
onew, sabah, malaysia, law of the jungle
onew, sabah, malaysia, law of the jungle
onew, sabah, malaysia, law of the jungle

Turuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter