Siri web original Autumn Di Hatiku kembali dengan musim kedua. Musim pertama yang disiarkan pada tahun lepas telah mencatat rekod tontonan video mencapai hampir 1 juta.
Poster rasmi telah keluar yang menampilkan pelakon utama iaitu Kim Jin Sung, Hanez Suraya dan Youmie Robert. Dalam poster ini, JS berbaring sambil diapit oleh Hanez Suraya dan Youmie.
Pelakon baru iaitu Youmie Robert merupakan gadis kacukan Perancis & Korea dan pertama kali berlakon drama. Dia berumur 15 tahun dan menetap di Malaysia.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Autumn Di Hatiku 2 yang bermula pada hari ini 27 Februari di www.tonton.com.my/autumndihatiku
Turuti kami di: