Sejak beberapa hari yang lalu, IME Production telah membuat kiraan detik di laman Facebook mereka. Untuk apa, kami tidak tahu dan tak sabar untuk mengetahui apa kejutan yang akan diberikan oleh mereka.
Dengan menggunakan ayat dan gambar The Next “BIG” thing countdown membuatkan para peminat tertanya-tanya dan meneka apa yang akan berlaku. Akhirnya penantian berakhir apabila IME Production mengumumkan akan membawa tiga orang ahli BIGBANG iaitu G-Dragon, Taeyang dan Seungri.
Mereka dijangka akan mengadakan konsert mini dan acara bersama peminat di samping membuat persembahan dari lagu-lagu popular mereka. Harga tiket tidak dimaklumkan lagi. Tetapi acara yang sama telah dijadualkan akan berlangsung di Hong Kong dan Singapura.
THINKING OF YOU FANMEETING SHOW IN MALAYSIA
Featuring G-Dragon, Taeyang, Seungri from BIGBANG
Tempat : Sunway Surf Beach
Tarikh : 16 Mac 2014
Masa : 6.00 petang
Pelan duduk juga belum lagi ada tapi yang pasti peminat akan bermandi peluh nanti.
Ini bukan kali pertama BIGBANG datang bertiga ke Malaysia. Pada tahun 2011, G-Dragon, T.O.P dan Seungri telah membuat persembahan di Korean Music Wave Malaysia 2011 yang diadakan di Stadium Merdeka.
Walaupun tiada T.O.P dan Daesung tetapi kehadiran mereka bertiga memang sentiasa dinantikan buat peminat di Malaysia. Memang terkejut kami dibuatnya, mana tidaknya. Acara seterusnya oleh penganjur dan YG Entertainment ialah konsert 2NE1 di Malaysia. Ada usikan manja dari peminat yang prihatin dengan situasi ini iaitu YG memerlukan duit segera untuk membiayai perbelanjaan konsert 2NE1 kelak.
Ikuti kami di :