Menarik di saluran ONE HD sepanjang Februari Ini

ugly alert, korean drama, one hd
Ugly Alert
Saluran ONE HD di Astro B.yond Ch393 merupakan salah satu saluran TV di Malaysia yang khusus menyiarkan program-program Korea buat tontonan peminat dalam kualiti HD.
ONE HD menyiarkan program dari saluran SBS termasuk drama dan program hiburan yang popular. Mari kita lihat program menarik yang disediakan sepanjang bulan Februari ini.

UGLY ALERT
Bermula 18 Februari 2014
Disiarkan setiap Isnin – Jumaat pada 10.10 malam
Pertama dan Esklusif

Sinopsis

Drama yang menyentuh perasaan Ugly Alert ini menerangkan semula maksud keluarga. Empat anak kecil menjadi keluarga baru apabila ibu bapa mereka berkahwin semula. Melalui fasa pembesaran, mereka kadang-kadang melukakan hati yang lain disebabkan cemburu dan sombong. Gong Joon Soo, yang kekal optimistik walaupun menghadapi waktu yang sukar, mengorbankan segalanya demi melindungi adik-beradik tirinya. Dia mengubah orang di sekelilingnya dan luka yang ada sembuh mengikut waktu.

Pelakon: Im Joo Hwan, Kang So Ra, Kang Byul, Choi Tae Joon, Kim Seol Hyun

Selain drama terbaru, ONE HD juga turut menyiarkan kembali drama dan program hiburan yang popular seperti berikut:
empire of gold, go soo, lee yo won, one hd
Empire of Gold

EMPIRE OF GOLD
Disiarkan semula pada 8 Februari 2014
Setiap Sabtu pada pukul 8.45 malam
Kini terdapat dalam alih suara Bahasa Malaysia dan Mandarin
Pelakon: Go Soo, Lee Yo Won, Son Hyun Joo

running man, one hd
Running Man

RUNNING MAN : SPORTS EDITION
Disiarkan pada 8 Februari 2014, Sabtu pada 11.15 malam
Ahli-ahli: Yoo Jae Suk, Gary, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo

49 days, one hd, jung il woo
49 Days

49 DAYS
Disiarkan semula pada 19 Februari 2014
Setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.25 malam
Lakonan: Nam Gyu Ri, Jung Il Woo, Lee Yo Won

you're still the one, one hd
You’re Still The One


YOU’RE STILL THE ONE
Disiarkan semula pada 22 Februari 2014
Setiap Sabtu pada pukul 8:45 malam
Pelakon: Kim Seung Soo, Shin Eun Kyung

the master's sun, so ji sub, kdrama, one hd
The Master’s Sun

THE MASTER’S SUN
Disiarkan semula pada 23 Februari 2014
Setiap Ahad pada pukul 8:45 malam
Kini terdapat dalam alih suara Bahasa Malaysia dan Mandarin
Pelakon: So Ji Sub, Gong Hyo Jin, Seo In Guk

Ikuti kami di: