Malaysia bukanlah negara asing buat Super Junior, hampir setiap tahun mereka akan datang ke sini mengadakan konsert, penggambaran dan sebagainya. Untuk acara pertama mereka buat tahun ini, Kyuhyun dan Kangin telah datang untuk merasmikan Restoran Kyochon yang pertama di Malaysia yang beroperasi di 1 Utama pada 10 Januari yang lalu. Super Junior merupakan duta jenama untuk Restoran Kyochon yang terkenal di Seoul ini.
Sebelum itu, peminat mereka telah melahirkan rasa kebimbangan terhadap acara ini memandangkan beberapa hari sebelum itu ketua kumpulan Super Junior iaitu Lee Teuk mengalami telah kehilangan ahli keluarga terdekat. Ahli-ahli Super Junior yang lain telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi pada Lee Teuk dan keluarga sepanjang masa.
Tetapi SM Entertainment telah menegaskan yang mereka tetap akan hadir ke acara pembukaan ini kerana tidak mahu mengecewakan ELF dan peminat yang memang menantikan kehadiran mereka di sini.
Kangin dan Kyuhyun tiba di sini pada petang 10 Januari dan terus ke 1Utama di Petaling Jaya untuk acara ini. Kami difahamkan para peminat telah berkumpul sejak awal pagi lagi untuk melihat mereka dari dekat. Walaupun baru sahaja tiba tetapi mereka tetap ceria dan kekal tampan sentiasa. Peminat yang bertuah telah berpeluang mendapat tandatangan mereka di kalendar Kyochon Malaysia 2014.
Mereka pulang ke Seoul pada malam itu juga. Kehadiran mereka di sini memang menggembirakan para peminat dan diharap kita dapat menyaksikan mereka lagi pada tahun ini. Mari tengok gambar Kangin dan Kyuhyun yang dikongsi oleh Kyochon Malaysia melalui laman Facebook mereka.
Ikuti kami di: