Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, kumpulan wanita 2NE1 bakal mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur.
Dari twitter rasmi YG Entertainment:
Blackjacks~! Malaysia added to 2014 #2NE1 WORLD TOUR [ALL OR NOTHING] tour schedule! More @ http://t.co/yoT9WSOjaJ
— YG Family (@ygent_official) February 6, 2014
Maklumat terkini dari laman Facebook 2NE1 telah memberi tarikh dan tempat konsert ini seperti berikut.
2014 2NE1 WORLD TOUR [ALL OR NOTHING]
Tarikh : 23 Mei 2014 (Jumaat)
Tempat : Stadium Negara
Masa : 7.30 malam
Sementara itu, dari laman Facebook penganjur tempatan iaitu IME Productions turut meletakkan masa konsert ini. Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga tiket.
Kumpulan ini yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu CL, Dara, Bom dan Minzy sedang sibuk menjalani latihan untuk persiapan konsert jelajah mereka yang akan bermula di Seoul pada Mac ini.
Kami berharap semua akan berjalan lancar dan konsert ini bakal berlangsung di sini. Kami tidak mahu konsert ini dibatalkan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Jangan setakat menjadi trending di twitter tapi tidak ditonjolkan melalui jualan tiket nanti.
Ikuti kami di: