Selepas meraih populariti melalui drama web bersiri Autumn Di Hatiku, pelakon kacak Korea Kim Jin Sung kembali untuk berlakon dalam musim kedua drama ini.
Musim pertama drama ini telah meraih kejayaan luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video sebaik sahaja selesai ditayangkan. Disebabkan fenomena ini dan juga atas permintaan penonton membuatkan portal video Tonton membuat sambungan untuk drama ini.
Berdasarkan perkembangan yang dikongsi oleh Tonton melalui laman Facebook mereka, sesi pengambaran drama ini telah bermula pada bulan Januari yang lalu.
Para pelakon dari musim pertama selain Kim Jin Sung ialah Hanez Suraya dan Ezzaty Abdullah masih kekal dengan watak masing-masing iaitu Autumn, Nina dan Jaja. Ada juga beberapa pelakon baru dan seorang pelakon wanita Korea.
Drama ini akan disiarkan mulai pada 27 Februari ini di portal video Tonton. Mari tengok gambar-gambar yang dikongsi oleh mereka sewaktu sesi penggambaran.
Ikuti kami di :