Pelakon dan ahli dalam program hiburan popular Running Man iaitu Lee Kwang Soo membuka tirai untuk aktiviti artis Korea di Malaysia untuk tahun 2014.
Lee Kwang Soo tiba 3 Januari sehari sebelum acara berlangsung dan dia disambut dengan peminat yang hadir di KLIA. Kami dengar ramai yang berada di sana walaupun hari telah lewat malam.
Seperti yang semua sedia maklum, program Running Man mempunyai ramai peminat di luar negara termasuk Malaysia. Acara kali ini turut dihadiri oleh peminat Lee Kwang Soo dari Hong Kong, Singapura dan Taiwan.
Peminat telah memenuhi tempat duduk di Star Stage sebaik acara bermula. Acara bermula pada pukul 6.30 petang dan diacarakan oleh hos 8TV kegemaran ramai iaitu Baki Zainal. Sebaik sahaja diperkenalkan, Lee Kwang Soo membuka acara dengan menyanyikan lagu Hug dari Dong Bang Shin Ki. Peminat turut mengikut menyanyi sama. Selepas itu, dia ditanya soalan oleh Baki. Lee Kwang Soo membuat manner legs sewaktu berdiri sebelah Baki. Kwang Soo telah mencuba makanan Malaysia dan menggemari roti canai.
Acara pertama bersama peminat pun bermula di mana 5 peminat telah dipilih untuk meniru lima gaya paling popular Lee Kwang Soo. Macam-macam aksi dilihat dan peminat gembira dapat bersama Lee Kwang Soo di pentas.
Kemudian, Lee Kwang Soo beredar ke belakang pentas dan peminat dihiburkan dengan persembahan video yang menampilkan drama-drama lakonan dia antaranya ialah High Kick Through the Roof, Dong Yi, City Hunter dan The Innocent Man.
Lee Kwang Soo kembali dan mendendangkan lagu Because of Love (사랑하기 때문에) sambil bermain keyboard. Dia rasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat di sini. Selepas menyaksikan permainan kuiz mengenai dia dan peminat dapat memberi jawapan yang betul. Berulang kali dia menyatakan Saranghanda Malaysia.
Dia berterima kasih dan terdiam melihat sokongan peminat dan akan menyampaikan maklumat ini buat ahli Running Man yang lain. Sebelum dia menamatkan sesi bertemu peminat, Lee Kwang Soo dikejutkan dengan video yang dihasilkan oleh peminat di sini. Video tersebut mengandungi gambar, ucapan serta hasil karya peminat buat Lee Kwang Soo.
Sekali lagi dia berterima kasih dan menangis apabila melihat video itu. Sebagai penutup dia menyanyikan lagu I Believe oleh Shin Seung Hoon dan turun mendekati peminat di bawah pentas.
Lee Kwang Soo turut mengucapkan terima kasih melalui twitter dan disertai dengan gambar yang diambil sewaktu acara itu.
Thank you Malaysia♡ pic.twitter.com/gI9rI5vIAD
— 이광수 (@masijacoke85) January 4, 2014
Lee Kwang Soo Fan Meeting in Malaysia telah diadakan pada 4 Januari yang lalu bertempat di KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur. JS Concert Productions bersama Faith & D Entertainment dan King Kong Entertainment disokong oleh Malaysia Major Events (MME), unit dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau agensi di bawah Kementerian Pelancongan.
Ikuti kami di :