Kangin dan Kyuhyun dari Super Junior Akan Berada di Malaysia Untuk Pembukaan Kyochon

kyochon, malaysia, super junior

Akhirnya masa yang dinantikan buat peminat Super Junior telah tiba. Kyochon Malaysia telah mengumumkan di laman Facebook bahawa dua ahli Super Junior akan hadir sempena pembukaan rasmi restoran ini.
Kangin dan Kyuhyun akan bertemu peminat di restoran Kyochon pertama di Malaysia pada 10 Januari ini iaitu hari Jumaat, 6 petang.

Super Junior merupakan duta untuk restoran ayam goreng yang terkenal di Korea ini. Mereka telah pergi merasmikan cawangan luar negara restoran ini di Indonesia dan Filipina. Di Malaysia, restoran ini telah dibuka pada akhir bulan lalu di 1Utama Shopping Centre. 

Buat masa ini tiada maklumat mengenai tarikh kedatangan dan berapa lama mereka di sini. Tapi buat peminat yang akan bertemu mereka, pastikan anda jaga diri ya!
Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter