Kami gembira dan berterima kasih dengan penyertaan mereka yang menyertai. Block B antara kumpulan kegemaran kami kerana muzik dan personaliti mereka. Kami berpeluang untuk menyaksikan persembahan mereka di Korea dan membeli barangan edisi terhad mereka khas untuk pembaca kami dengan penuh kasih sayang.
Tahniah buat pemenang untuk album ‘Blockbuster’ (normal) & poster dan ‘Very Good’ Showcase Fanlight setiap satu.
Block B, tidak ramai peminat K-pop di Malaysia mengenali mereka. Apatah lagi , genre yang mereka ketengahkan adalah genre hip hop, di mana tidak ramai meminati jenis muzik ini. Kebanyakan daripada mereka ialah peminat EXO, Super Junior dan ramai lagi yang boleh saya namakan. Namun demikian, Block B menjadi pilihan saya. Block B Pilihan Ku.
Sementara pemenang untuk satu ‘Very Good’ Showcase Fanlight.
Block B adalah singkatan daripada perkataan Blockbuster, iaitu filem berskala besar dan berjaya secara komersial. Hasrat Block B ialah seperti nama mereka. Saya berharap mereka dapat mencapai kejayaan itu dalam industri muzik di tanah air mereka. Block B debut secara rasmi pada 15 April 2011 dengan Single pertama mereka “Freeze”. Mereka mendapat banyak perhatian sebelum debut kerana Block B dicipta oleh Cho PD, antara ikon hip hop yang di hormati di Korea.
Kepada para pemenang, sila emelkan ke buletin.kpop[at]gmail.com butiran berikut dalam masa 24 jam;
TAJUK – PEMENANG BLOCK B PILIHANKU
Nama, Alamat dan no. telefon.
Ikuti kami di :