Masih ingat lagi pada anugerah The Shout Awards yang telah berlangsung pada 9 November 2013 lalu di Stadium Putra Bukit Jalil? Kami sempat ke sana bagi menyokong hasil karya dan seni artis tempatan kita. Berkesempatan itu kami juga memang ke sana untuk menyokong hasil karya dan usaha Jay Park yang telah dicalonkan dalam dua kategori pencalonan. Walaupun Jay tidak dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut, tapi kami masih menunjukkan semangat kami.
Tapi tak sangka pula katogeri Flava Award telah dikaut oleh lagu Around The World dimana Jay Park telah berkolaborasi bersama penyanyi tempatan Mizz Nina.
Untuk pengetahuan semua, lagu Around The World telah dikeluarkan pada 27 Mei 2013. Lagu dan muzik video telah dirakam di Korea. Tahniah buat Jay dan Cha Cha Malone serta para ahli Art of Movement atau dikenali sebagai AOM kerana bekerjasama dan bekerja keras untuk artis tempatan kita Malaysia. Tahniah juga buat Mizz Nina kerana merangkul kejayaan untuk kategori tersebut.
Oh satu lagi, sukanya kami dapat melihat Mizz Nina dengan perubahan dan imej baru yang kini lebih selesa bertudung. Semoga kebahagiaan dan kejayaan sentiasa berpihak kepada Mizz Nina.
Ikuti kami di :