Gwiyomi dan Running Man antara Carian Terhangat di Google Malaysia untuk 2013

gwiyomi, running man, psy

Google merupakan enjin carian yang paling popular. Boleh dikatakan kita menggunakan khidmat ini setiap hari terutama untuk mencari maklumat dan berita terkini mengenai dunia hiburan Korea.

Beberapa hari yang lalu, Google Zeitgeist 2013 telah diumumkan. Ia merupakan kata kunci yang hangat dan dicari ramai sepanjang tahun 2013 ini. Di Malaysia, perkataan Gwiyomi, Running Man serta Gangnam Style dan Gentleman iaitu lagu dari penyanyi Psy telah muncul sebagai kata kunci popular di kalangan pengguna.
Ini menunjukkan populariti mereka di kalangan bukan sahaja peminat K-Pop tetapi juga orang biasa. Rancangan popular Running Man telah menduduki tempat kedua dalam Rancangan TV Terhangat di Malaysia. Gwiyomi pula di tempat kelima untuk Terma Terhangat sepanjang tahun. Populariti lagu ini dibantu dengan aksi parodi dari selebriti terkenal tempatan yang memuat naik aksi comel mereka melalui media sosial masing-masing.
Sementara, untuk kategori Lagu Terhangat pula tiga lagu Korea yang menjadi carian terbanyak iaitu Gwiyomi, Gangnam Style dan Gentleman.

Rancangan TV Terhangat di Malaysia

Terma Terhangat Di Malaysia Sepanjang 2013

Lagu Terhangat Di Malaysia Sepanjang 2013

[Sumber: Amanz | Google Trends]

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter