Sempena perayaan Krismas yang akan berlangsung tidak lama lagi, HOTLINK, jenama prabayar dari Maxis Berhad menawarkan bonus bonanza buat pelanggan mereka iaitu dapat membeli tiket ke acara bertemu peminat bersama Lee Kwang Soo dan dapat tiket kedua dengan percuma. Ya, anda membacanya dengan betul. BELI 1 TIKET DAN PERCUMA LAGI SATU.
Pengguna Hotlink hanya perlu ke mana-mana cawangan Ticket Pro, Rock Corner atau Victoria Music dan menunjukkan logo Hotlink dari telefon mobil mereka dan layak untuk tawaran ini. Tawaran ini terhad buat 500 pembelian tiket yang pertama bermula dari hari ini iaitu 19 Disember.
Kategori tiket yang ada untuk pembelian tawaran ini ialah Kategori 1 (RM298) dan Kategori 2 (RM158).
Lee Kwang Soo amat teruja untuk bertemu dengan peminat di Malaysia buat kali pertama. Dia dijadualkan tiba pada 3 Januari 2014 pada pukul 10.20 malam di KLIA. Dapatkan tiket anda sekarang.