Kumpulan ZE:A kembali ke Malaysia dengan konsert pertama

ze:a, konsert, malaysia

Setelah tiga tahun debut di Korea, akhirnya kumpulan idola ZE:A telah mengadakan konsert pertama mereka. Mereka telah mengadakan konsert solo di Korea pada November yang lalu dan kini peminat di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan sendiri di sini.
Ahli-ahli ZE:A seramai 9 orang ini bukanlah asing lagi di Malaysia. Ini merupakan kunjungan mereka kali ketiga. Mereka terdiri daripada Junyoung, Kevin, Siwan, Kwanghee, Taeheon, Heechul, Minwoo, Hyunsik dan Dongjun.
Mari lihat video dari mereka mengajak peminat untuk menyaksikan konsert nanti. Sudah teruja?

Maklumat acara:
ZE:A ILLUSIONIST CONCERT LIVE IN MALAYSIA 2014
Tarikh: 18 Januari 2014
Tempat: Starstage, Kenanga Wholesale City Mall
Masa: 8 malam

Sesi Bergambar
Masa: 10.30 malam, selepas tamat konsert

Sesi autograf dan Hi-5
Tarikh : 19 Januari 2014
Tempat: Grand Ballroom, Vivatel, Jalan Loke Yew
Masa: 12.00-2.00 petang

Tiket untuk Zon VIP telah habis dijual. Selain itu, untuk pembeli tiket Illusion RM 450, 50 orang pertama akan diberikan pass untuk sesi bergambar. 50 tiket yang berikut pula akan diberi pass untuk sesi autograf.

Bukan itu sahaja, 280 pembeli tiket pertama untuk zon Spectacular RM 350 akan diberikan pass untuk sesi Hi-5. Dapatkan tiket anda di http://www.airasia.redtix.com/.

ZE:A ILLUSIONIST CONCERT LIVE IN MALAYSIA 2014

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan mereka, kejutan dan permainan yang telah mereka sediakan buat peminat.
Untuk perkembangan terkini, ikuti laman acara rasmi di Facebook. Lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.

Ikuti kami di :